Lebih 4,000 penduduk rempuh dewan berebut vaksin

August 7, 2021 · Dunia

Satu klip video penuh dramatik berdurasi 22 saat menunjukkan ribuan penduduk kota Medan di Indonesia yang panik, berebut untuk memasuki pusat pemberian vaksin, tatkala varian Delta menular dengan pantas di negara itu.

Ketua Polis Medan Riko Sunarko memberitahu jumlah penduduk melebihi 4,000 orang menyerbu pusat itu selepas kebanyakannya membeli dokumen haram berkaitan temu janji mendapatkan vaksin.

Polis juga telah menangkap tiga individu yang disyaki terbabit dalam penjualan dokumen itu, katanya.

Memetik laporan Vice World News, kejadian dilaporkan berlaku di sebuah dewan sukan di Medan, Selasa lalu, setelah penduduk mulai panik berikutan peningkatan penularan varian Delta yang mudah berjangkit.

Klip video itu menunjukkan orang ramai berhimpit-himpit untuk masuk ke dalam dewan tanpa penjarakan fizikal, sambil mendesak pintu pagar dewan berkenaan dibuka. Sesetengah daripada mereka tidak memakai pelitup muka.

Pada satu ketika, klip video itu juga menunjukkan seorang wanita terpaksa diusung setelah pengsan akibat berhimpit-himpit terlalu lama.

Seorang wanita berkata dia menunggu lebih enam jam sebelum boleh memasuki pusat pemberian vaksin itu.

Petugas vaksinasi percaya penduduk menyerbu pusat itu setelah memperoleh dokumen haram bagi membolehkan mereka mendapat suntikan vaksin.

Sejak beberapa minggu lalu, jumlah kes baharu dan kematian di Indonesia merekodkan angka membimbangkan susulan penularan meluas varian Delta.

Jumlah kematian di Indonesia juga meningkat sekali gus meletakkan negara itu bersama 11 negara lain di dunia yang merekodkan jumlah pesakit Covid-19 meninggal dunia melebihi 100,000 kes, pada Rabu.

Sehingga kini sekitar 13 peratus daripada 270 juta populasi Indonesia melengkapkan dua dos vaksin. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
August 7, 2022 · Dunia
1,000 terperangkap dalam banjir di lembah kering Death Valley
August 6, 2022 · Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022 · Dunia
AS isytihar cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam
August 5, 2022 · Dunia
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022 · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok