Lebih 20 peratus penduduk Indonesia sudah divaksin

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata sehingga kini 20 peratus daripada 270 juta rakyat negara itu sudah diberi 52 juta dos vaksin Covid-19.

“Jadi setakat ini 37 juta penduduk telah menerima dos pertama. Dan, suntikan yang dilakukan sudah melebihi 1.5 juta sehari,” katanya.

Budi berharap angka itu akan meningkat hingga ke akhir tahun ini.

Katanya program vaksinasi kerajaan Indonesia menyasarkan untuk 181.5 juta penduduk atau bersamaan dengan 363 dos vaksin.

Bagi fasa pertama, katanya Indonesia telah menerima 70 juta dos vaksin.

“Baki 290 juta dos akan tiba antara Julai hingga Disember,” katanya menjelaskan negara itu akan menerima 30 juta dos pada bulan ini.

Beliau berkata hanya satu juta dos sehari sahaja yang dapat diberi pada Julai kerana republik itu menerima 30 juta dos.

Pada bulan Ogos, Indonesia dijangka akan menerima vaksin tambahan iaitu sebanyak 40 juta dos dan angka tersebut akan terus meningkat hingga bulan Oktober dengan 85 juta dos.

Budi turut memaklumkan sekiranya jumlah itu bertambah ke 85 juta pada Oktober, Indonesia dijangka dapat memberikan hampir 2.5 juta dos suntikan vaksin setiap hari. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR