Lebih 10 peratus penduduk Bangkok positif Covid-19

July 26, 2021 · Dunia

Ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran oleh Persatuan Doktor Luar Bandar (RDS) mendapati lebih daripada 13 peratus penduduk di 40 kawasan komuniti yang berkepadatan tinggi di Bangkok telah dijangkiti Covid-19.

Ujian bersasar disertai kakitangan hospital di beberapa daerah di Bangkok dilakukan dalam dua fasa yang bermula 14 hingga 16 Julai dan 21 hingga 23 Julai menyasarkan kawasan berkepadatan tinggi.

Terdapat 51,389 orang yang telah menjalani saringan dan seramai 6,863 orang telah didapati positif Covid-19.

“Kadar jangkitan di Bangkok amat tinggi,” kata RDS dalam laporannya, hari ini.

Pemeriksaan pada 14 hingga 16 Julai mendapati daripada 19,871 individu yang diuji, seramai 1,777 orang atau 8.94 peratus positif Covid-19. Dalam fasa kedua, 5,086 daripada 31,518 individu yang diuji, didapati positif Covid-19.

Ujian saringan dilakukan dengan menggunakan Antigen Rapid Test dan bagi mereka yang diuji positif, ujian RT-PCR dilakukan sekali lagi bagi tujuan pengesahan.

Bagi pesakit yang positif dan melakukan pengasingan kendiri di rumah, mereka akan diberikan bekalan ubat antivirus favipiravir sebelum dibawa ke hospital.

Selain itu, RDS turut merancang untuk melakukan ujian saringan peringkat ketiga dan akan menyusun strategi bagi mencegah penularan wabak Covid-19 dan mengurangkan masalah kesihatan awam di kawasan bandar.

Pihak Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) juga telah melancarkan kempen ujian saringan Covid-19 bagi golongan gelandangan dan 18 orang daripada 193 individu yang menjalani ujian disahkan positif.

Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang memaklumkan mereka yang didapati positif akan menjalani rawatan perubatan dan yang selebihnya akan dihantar ke tempat perlindungan di Pathum Thani.

Katanya, BMA akan bekerjasama dengan pekerja sosial dan polis untuk mengumpulkan maklumat mengenai kumpulan gelandangan ini agar bantuan yang sewajarnya dapat diberikan kepada mereka.

Hari ini, jumlah jangkitan di Thailand sudah menghampiri 500,000 kes sejak wabak ini mula menular pada Mac tahun lalu iaitu sebanyak 497,302 kes dan 4,059 kes kematian yang dilaporkan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok