Lawatan kali pertama PM Thai ke Arab Saudi dalam tempoh 3 dekad

January 24, 2022 · Dunia

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa akan memulakan lawatan dua hari ke Arab Saudi sebagai memenuhi jemputan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama oleh seorang Perdana Menteri Thailand dalam tempoh tiga dekad – menunjukkan pemulihan hubungan berikutan penurunan taraf dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 1989, menurut laporan wartawan Bernama.

“Prayuth, yang juga Menteri Pertahanan, akan bertemu Putera Mahkota Arab Saudi untuk mengukuh dan mempromosikan hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan Kementerian Luar Thailand.

Media melaporkan Arab Saudi menurunkan taraf hubungan diplomatiknya dengan Bangkok susulan kes kecurian permata bernilai kira-kira US$20 juta, termasuk berlian biru 50 karat yang jarang ditemui, pada 1989 oleh seorang pekerja pembersih Thailand yang bekerja di istana seorang putera Saudi.

Berikutan kecurian itu yang digelar “The Blue Diamond Affair”, Polis Thailand berjaya menemuinya dan memulangkan beberapa permata yang dicuri namun pihak Saudi mendakwa kebanyakannya adalah palsu, manakala keberadaan berlian biru yang jarang ditemui itu masih menjadi misteri.

Lebih memburukkan keadaan, pada 1990 tiga diplomat Saudi di Thailand dibunuh pada hari yang sama, dan ahli perniagaan Saudi Mohammad al-Ruwaili, yang dihantar untuk menyiasat barang kemas yang hilang, turut dilaporkan hilang di Bangkok.

Pada 2014, mahkamah jenayah Thai menolak kes terhadap lima lelaki – termasuk seorang pegawai kanan polis – yang didakwa membunuh Ruwaili.

Arab Saudi tidak menghantar dutanya ke Thailand selama beberapa dekad dan menyekat perjalanan antara kedua-dua negara.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok