Lava gunung berapi rempuh ratusan kediaman di Kepulauan Canary

September 22, 2021 · Dunia

Aliran lava daripada letusan gunung berapi di Kepulauan Canary, Sepanyol menyebabkan ratusan penduduk di Pulau La Palma dipindahkan segera, kata pihak berkuasa negara itu.

Sehingga hari ini, lebih 6,000 penduduk telah dipindahkan dari majlis perbandaran El Paso setelah aliran lava baharu mulai mengalir dari celah lereng gunung berapi Cumbre Vieja, menurut pegawai tempatan.

Rekahan baharu terbuka selepas apa yang dikatakan oleh Institut Vulkanologi Kepulauan Canary sebagai gempa berkekuatan 3.8 magnitud pada Isnin.

Gunung berapi itu mula meletus pada Ahad setelah seminggu menghembuskan debu dan menggoncang kawasan sekitar, menyebabkan ketulan batu runtuh di beberapa kawasan di pulau itu.

Dianggarkan lebih 6,000 daripada 85,000 populasi di La Palma dipindahkan dari kediaman mereka susulan ancaman debu dan lava gunung berapi itu.

“Aliran lava yang menuju ke laut bagaimanapun beralih arah dan merempuh kawasan perumahan,” kata Datuk Bandar El Paso, Sergio Rodriguez.

Pakar berkata apabila lava itu tiba di laut ia akan mencetuskan lebih banyak letupan dan mengeluarkan gas toksik.

Pihak berkuasa marin menetapkan zon eksklusif sepanjang 3.7 kilometer di pinggir perairan di mana lava itu dijangka tiba.

Sehingga semalam, aliran lava gunung berapi itu telah meliputi kawasan seluas 103 hektar, menurut data Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Copernicus Kesatuan Eropah.

Sehingga kini, tiada laporan kematian atau kecederaan, namun ratusan rumah dan harta awam musnah susulan letusan gunung berapi dan aliran lava itu.

Institut Volcano Kepulauan Canary melaporkan gunung berapi itu memuntahkan antara 8,000 hingga 10,500 tan sulfur dioksida sehari.

Pihak berkuasa menganggarkan kerugian mencecah AS$470 juta, sekali gus melayakkan wilayah kepulauan itu memperoleh bantuan kecemasan Kesatuan Eropah (EU). – Agensi

Berita berkaitan
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023· Dunia
Gunung berapi Filipina meletus lagi
June 12, 2022· Dunia
Letusan Anak Krakatau: Penduduk diarah waspada tsunami malam
April 26, 2022· Dunia
Berapa besar letusan gunung berapi dasar laut Tonga?
January 22, 2022· Dunia
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok