Lautan pakaian merah di kedai Arab Saudi, tetapi jangan sebut Valentine

Lautan pakaian berwarna merah dipamerkan di hadapan premis perniagaan, namun peningkatan promosi Hari Valentine, hilang sesuatu – nama festival berkenaan.

Tatkala jualan meningkat dan hadiah Valentine semakin menjadi biasa bagi kebanyakan populasi muda Arab Saudi, perkataan ‘Valentine’ tidak kelihatan di mana-mana.

“Pihak pengurusan telah meminta kami untuk menghiasi paparan tingkap dengan pakaian dalam merah… tetapi tanpa menyebut Hari Valentine,” kata seorang jurujual di sebuah pusat beli-belah di Riyadh.

Barang dipamerkan itu dilihat mewakili perubahan populasi muda Arab Saudi, di mana pihak penguat kuasa agama kekal berpegang teguh kepada larangan menjual barangan berkaitan Hari Valentine, selain individu berpakaian merah pada 14 Februari.

Hari Valentine mempunyai asal-usul yang samar-samar sejak zaman Rom, apabila beberapa kesatria Kristian yang terbunuh dinamakan Valentine.

Perayaan untuk pasangan kekasih, disambut secara meluas di seluruh dunia, adalah dilarang keras di bawah kerajaan Arab Saudi yang hanya akan menetapkan cuti umat Islam dan hari kebangsaannya pada September.

Bagaimanapun, Arab Saudi dilihat telah mengalami perubahan sosial setelah cuba menampilkan imej yang lebih menarik dan mempelbagaikan ekonominya yang bergantung kepada minyak.

Digerakkan oleh Putra Mahkota Mohammed bin Salman Al Saud, Arab Saudi kini lebih terbuka dan memberi kebebasan kepada wanita, termasuk hak untuk memandu, dan boleh menambah warna pada pakaian mereka selain daripada jubah abaya hitam biasa.

“Kami kini boleh meletakkan pakaian merah untuk kelihatan lebih selesa, malah mempamerkannya pada paparan tingkap,” kata seorang jurujual di Grenada Mall di timur Riyadh.

“Terdapat ramai pelanggan yang meminta pakaian dalam merah semasa Hari Valentine. Pada masa ini, kami menyediakan diskaun, tetapi yang penting kami tidak memanggilnya tawaran Hari Valentine,” kata jurujual itu.

Bagaimanapun, tidak semua orang selesa dengan pakaian dalam yang dipamerkan secara terang-terangan, kerana sejak berdekad lamanya pakaian tersebut disimpan tanpa dipamerkan.

“Saya tidak mahu melihat perkara-perkara ini. Tindakan itu mengganggu saya, tetapi ada orang yang menyukainya dan ini adalah kebebasan mereka untuk memilih,” kata seorang wanita, lengkap bertudung hitam menutup muka, kecuali matanya. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR