Lapan peluru berpandu diuji Amerika, Korea Selatan

June 6, 2022 · Dunia

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad menguji sebanyak lapan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara, lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Yonhap.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan pada pagi Isnin memaklumkan bahawa peluru berpandu taktikal tentera darat telah dilancarkan dari kawasan pantai timur di Wilayah Gangwon Korea Selatan yang menyasarkan pelbagai sasaran ke Laut Jepun, lapor Bernama.

Ujian berlangsung selama kira-kira 10 minit, bermula 4.45 pagi waktu tempatan pada Isnin (19:45 GMT pada Ahad), menurut JCS.

Sementara itu menurut kenyataan Komando Indo-Pasifik AS ujian itu melibatkan satu peluru berpandu AS dan tujuh peluru berpandu Korea Selatan.

Selain itu, AS juga melakukan latihan peluru berpandu balistik bersama dengan Jepun.

Pyongyang dilaporkan telah menguji sebanyak lapan peluru berpandu balistik jarak dekat, termasuk jenis KN-23, dari empat lokasi berbeza ke arah Laut Jepun pada Ahad. Ujian peluru berpandu itu adalah yang ke-18 dilakukan Korea Utara sejak awal tahun ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok