Laos keluar amaran hujan lebat ekoran ribut tropika Noru

September 24, 2022 · Dunia

Biro cuaca Laos mengeluarkan amaran kemungkinan tanah runtuh, banjir, angin kencang dan hujan lebat bakal melanda berikutan ribut tropika Noru, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Laos pada Jumaat, ribut itu menuju ke arah utara Filipina dari Sabtu hingga Ahad, kemudian bergerak ke Vietnam pada Isnin, lapor Bernama.

Ribut itu dijangka tiba di Laos dari Selasa hingga Rabu, membawa hujan sederhana hingga lebat ke seluruh negara.

Menurut ramalan biro itu hujan lebat dan angin kencang akan menjejaskan wilayah utara dan tengah, termasukVientiane, ibu negara Laos.

Pihak berkuasa Laos memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati dan menasihatkan penduduk di kawasan berisiko bersiap sedia menghadapi perubahan cuaca yang mendadak.

Hujan lebat di Laos pada Ogos mencetuskan banjir yang merosakkan rumah dan infrastruktur serta menenggelamkan ratusan hektar tanah ladang di banyak wilayah dan di Vientiane.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hujan lebat dan ribut petir diramal seluruh negara selama tiga hari
November 28, 2022· Isu semasa
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
‘Imam Mahdi’ cuba serang imam Masjidil Haram sedang baca khutbah
May 23, 2021
Taliban tawan wilayah utama sempadan Afghanistan-Iran
July 9, 2021
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022
Lagi Dunia terkini
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok