Lagi serangan bersenjata di AS, empat terbunuh

June 2, 2022 · Dunia

Kejadian tembakan di Amerika Syarikat (AS) menjadi-jadi dengan terbaharu, empat individu maut, termasuk seorang penyerang bersenjata dalam satu kejadian pada Rabu (1 Jun) di kampus hospital di Tulsa, Oklahoma, kata polis.

Pegawai polis masih menjalankan siasatan, termasuk untuk membersihkan kampus hospital St Francis, kata Jabatan Polis Tulsa di Twitter.

Penyerang, yang bersenjatakan senapang, telah mati, menurut Kapten Richard Meulenberg dari Jabatan Polis Tulsa, sambil berkata dia tidak pasti sama ada polis telah menembaknya atau penyerang menembak dirinya sendiri.

“Ketika ini, kami boleh mengesahkan penembak itu sudah mati. Pegawai kini sedang memeriksa setiap bilik di bangunan itu untuk mengawal ancaman tambahan,” kata polis Tulsa dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial.

Meulenberg berkata tembakan telah berhenti dan pihak berkuasa sedang menggeledah bangunan itu.

Beliau memberitahu ABC bahawa “empat orang (telah) ditembak dan dibunuh. Seorang mati selepas meninggalkan tempat kejadian untuk cuba mendapatkan bantuan perubatan, dan seorang daripada empat itu akan menjadi suspek kami”.

Apabila pegawai tiba di tempat kejadian, “mereka mendapati beberapa orang telah ditembak. Sepasang suami isteri telah mati pada ketika itu”.

“Kami juga menemui siapa yang kami percaya sebagai penembak kerana dia membawa senapang dan pistol bersamanya,” tambah Meulenberg.

Ketua Polis Tulsa, Wendell Franklin berkata di Twitter bahawa polis telah bertindak balas terhadap “insiden penembak aktif” berhampiran East 61st Street dan South Yale Avenue di Tulsa dan bersebelahan Hospital Saint Francis.

“Sila jauhi kawasan itu dan beri laluan kepada semua kenderaan kecemasan semasa kami menangani tindak balas ini,” kata Franklin.

Jabatan Polis Tulsa berkata di Twitter bahawa ia telah menyediakan tapak perhimpunan semula untuk keluarga di Sekolah Tinggi Memorial.

Rumah Putih berkata Presiden Joe Biden telah diberi taklimat mengenai penembakan itu dan ia “memantau keadaan dengan teliti dan telah menghubungi pegawai negeri dan tempatan untuk menawarkan sokongan”.

Kejadian itu berlaku hanya lapan hari selepas 19 pelajar dan dua guru terbunuh dalam satu tembakan besar-besaran di Uvalde, Texas, dan 18 hari selepas 10 orang dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata di sebuah pasar raya di Buffalo, New York. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Pakar ramal ringgit kembali mengukuh menjelang akhir tahun
June 3, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
May 31, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi pada awal dagangan
May 27, 2022· Isu semasa
Popular
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022
Kawalan ketat keselamatan di Hong Kong menjelang lawatan Presiden Xi
July 1, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
10 jam lalu · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
15 jam lalu · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
17 jam lalu · Dunia
Kes Covid-19 meningkat hampir di seluruh dunia: WHO
July 1, 2022 · Dunia
Kes melonjak: Pakar gesa Thailand tangguh isytihar pascapandemik
July 1, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok