Krisis kakitangan hospital di London meruncing, tentera beri bantuan

January 7, 2022 · Dunia

Kementerian Pertahanan Britain hari ini mula mengerah anggota tenteranya bagi memberi sokongan kepada hospital yang mengalami kekurangan kakitangan dan tekanan melampau, berikutan rekod kes Covid-19 di negara itu yang melonjak tinggi.

Kira-kira 200 anggota tentera telah disediakan untuk menyokong Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) di London untuk tiga minggu akan datang, kata kementerian itu.

Kementerian Pertahanan akan menyediakan 40 pegawai perubatan dan 160 anggota tugas am untuk tiga minggu akan datang.

Britain menyaksikan lonjakan jangkitan Covid-19, termasuk dalam kalangan kakitangan kesihatan, disebabkan penularan pantas varian Omicron.

Sejak kebelakangan ini Britain melaporkan lebih 150,000 kes baharu setiap hari sepanjang minggu lalu.

Pada masa sama kerajaan Britain juga telah mengerahkan angkatan tentera untuk membantu melaksanakan ujian saringan dan program vaksinasi Covid-19.

“Sekali lagi mereka datang untuk membantu pekerja NHS yang bekerja sepanjang masa di seluruh ibu negara, membantu perkhidmatan kesihatan melalui tempoh musim sejuk yang sukar ini di mana keperluan adalah paling besar,” kata Menteri Kesihatan Sajid Javid.

Britain telah melaporkan hampir 150,000 kematian akibat Covid-19, sejak dua tahun pandemik melanda negara itu.

Kakitangan perkhidmatan kesihatan kerajaan menghadapi krisis moral sejak sebelum lonjakan Omicron baru-baru ini dengan ramai diantara mereka kini menjalani kuarantin di rumah kerana dijangkiti Covid-19.

Tekanan ke atas sistem kesihatan, terutama di London meningkat sejak sebulan lalu, dengan 4,000 pesakit kini dirawat di hospital berbanding 1,100 pada awal Disember.

Pengarah Royal College of Nursing England, Patricia Marquis, berkata penempatan pasukan tentera itu menunjukkan kerajaan tidak lagi boleh menafikan terdapat “krisis kakitangan” dalam NHS.

“Perdana menteri dan yang lain tidak boleh lagi menolak soalan mengenai keupayaan kakitangan NHS untuk memberikan penjagaan kesihatan yang selamat,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok