KRI Nanggala 402 diisytihar tenggelam, usaha selamat kru tipis

April 24, 2021 · Dunia

Pasukan pencari kapal selam Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) menemukan serpihan dipercayai daripada KRI Nanggala 402 yang hilang di Laut Bali Rabu lalu.

Berikutan penemuan itu, harapan untuk menyalamat 53 anak kapal selam berkenaan semakin tipis, tatkala pegawai tentera memberitahu bekalan oksigen di dalam kapal itu dijangka habis hari ini,

Ketua TNI-AL memberitahu, imbasan yang dilakukan mengesan kedudukan kapal selam itu pada kedalaman 850 meter, jauh melebihi daripada keupayaannya bertahan daripada tekanan.

KRI Nanggala 402, yang hilang ketika melakukan latihan torpedo di utara Laut Bali, dibina untuk menahan tekanan kedalaman hingga 500 meter.

Panglima TNI Hadi Tjahjanto yang sebelum ini mengatakan bahawa KRI Naggala-402 hanya hilang, tetapi hari ini mengesahkan kapal selam itu tenggelam.

Antara serpihan yang ditemukan termasuk tabung torpedo, paip penghawa dingin dan botol pelincir periskop kapal selam.

“TNI AL telah menemukan tumpahan minyak dan serpihan yang menjadi bukti fizikal menuju fasa tenggelamnya KRTI Nanggala,” kata Hadi pada sidang media di Bali, hari ini.

KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru, dilaporkan terputus hubungan jam 4.25 pagi Rabu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain. – Agensi

Berita berkaitan
Ismail Sabri tak boleh diam sahaja, banyak isu cengkam rakyat: Anwar
April 30, 2022· Isu semasa
Rasuah kapal selam dikait dengan Najib: Perancis dah dakwa, Malaysia?
April 28, 2022· Isu semasa
Mahkamah Perancis bawa kes pembelian kapal selam dikaitkan dengan Najib
April 27, 2022· Dunia
Indonesia akan ‘selamatkan’ kapal selam tenggelam
April 30, 2021· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok