Korea Utara bergelut hadapi ancaman Covid-19, kes kematian meningkat

May 16, 2022 · Dunia

Korea Utara pada Isnin melaporkan lapan kematian baharu dan 392,920 kes lagi melibatkan individu yang mengalami simptom demam di tengah-tengah wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Pemimpin utamanya, Kim Jong-un mengecam pegawai bertanggungjawab terhadap kelewatan penghantaran ubat dan mengarahkan tenteranya untuk terlibat mengendalikan penularan wabak di ibu negara itu, Pyongyang.

Ibu pejabat antivirus kecemasan berkata lebih 1.2 juta orang jatuh sakit di tengah-tengah penularan demam yang menular dengan cepat sejak akhir April dan kira-kira 564,860 orang kini dikuarantin.

Lapan kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam hingga 6 petang Ahad dan menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 50 kes.

Media kerajaan tidak menyatakan jumlah sebenar kes demam dan kematian yang disahkan sebagai kes Covid-19.

Pakar berkata Korea Utara berkemungkinan kekurangan bekalan ujian dan peralatan untuk mengesan jangkitan Covid dalam jumlah besar.

Pakar berkata kegagalan untuk memperlahankan virus itu boleh membawa kesan buruk kepada Korea Utara, memandangkan sistem penjagaan kesihatannya yang lemah.

Penduduknya yang berjumlah 26 juta orang dipercayai kebanyakannya tidak divaksinasi selepas kerajaan mereka menolak berjuta-juta vaksin yang ditawarkan oleh PBB.

Korea Utara mengesahkan mengesan kes Covid-19 pertamanya pada Khamis minggu lalu selepas mengumumkan sejumlah individu yang disahkan dijangkiti varian Omicron.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dilihat memakai topeng muka di televisyen kerajaan pada Khamis ketika mengumumkan penemuan kes pertama wabak Covid-19 di negara itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok