Korea Utara akan serang Korea Selatan dengan senjata nuklear jika diancam

April 6, 2022 · Dunia

Ugutan dibuat Korea Utara terhadap negara jirannya, Korea Selatan yang dianggap musuh ketat dengan senjata nuklear jika mereka diserang.

Ugutan itu dibuat oleh adik perempuan kepada pemimpin Kim Jong Un yang tidak menolak akan menggunakan senjata nuklearnya sekiranya dipaksa untuk terjebak dalam konfrontasi tentera dan berlaku serangan awal terhadap negara komunis itu, menurut laporan Reuters.

Memetik laporan KCNA, Kim Yo Jong yang merupakan pegawai kanan dalam kerajaan dan parti pemerintah menyifatkan tindakan menteri pertahanan Korea Selatan mengeluarkan kenyataan berkaitan serangan ke atas Pyongyang, sebagai satu `kesilapan yang amat besar’.

Jumaat lalu, Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Wook menyatakan tentera negaranya mempunyai pelbagai peluru berpandu dengan jarak tembakan, ketepatan dan kuasa dipertingkatkan ketara, dengan ‘keupayaan tepat dan pantas untuk mencapai mana-mana sasaran di Korea Utara’.

Dilaporkan, Korea Utara sudah beberapa kali menguji pelbagai peluru berpandu yang berkuasa pada tahun ini.

Pegawai di Seoul dan Washington bimbang Pyongyang mungkin bersiap sedia menyambung semula ujian senjata nuklear buat kali pertama sejak 2017.

Terdahulu, Yo Jong dan seorang lagi pegawai Korea Utara mengutuk kenyataan Suh Wook.

Mereka turut memberi amaran Pyongyang akan memusnahkan sasaran utama di Seoul sekiranya Korea Selatan mengambil sebarang `tindakan ketenteraan berbahaya’ seperti melakukan serangan awal.

Sementara itu, Yo Jong menerusi kenyataan kedua memaklumkan Pyongyang tidak melihat Korea Selatan sebagai musuh utamanya.

Tegas beliau, sekiranya tentera Korea Selatan menyerang walau seinci wilayah Korea Utara maka mereka akan menghadapi ‘bencana yang tidak dapat dibayangkan’.

“Pasukan tempur nuklear Korea Utara sudah pasti akan menjalankan tugasnya.

“Ini bukan ancaman semata-mata namun penjelasan terperinci mengenai reaksi kami terhadap kemungkinan tindakan ketenteraan yang melulu dilakukan oleh Korea Selatan,” katanya.

Berita berkaitan
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
September 26, 2022· Dunia
Anggota polis antara dua maut nahas 4 kenderaan dekat Pagoh
September 14, 2022· Isu semasa
Cadangan Russia tutup loji kuasa nuklear Ukraine cetus kebimbangan
August 19, 2022· Dunia
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022· Dunia
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok