Korea Selatan tamat sekatan, longgar protokol minggu depan

October 15, 2021 · Dunia

Korea Selatan akan menamatkan sekatan ketat protokol Covid-19 berkaitan perjumpaan sosial minggu depan, ketika negara itu bersiap sedia beralih kepada strategi untuk hidup bersama virus, di tengah-tengah peningkatan tahap vaksinasi.

Sebuah panel baharu yang dibentuk minggu ini sedang merangka pelan untuk membolehkan orang ramai kembali hidup normal dalam jangka masa panjang, menamatkan sekatan dan membuka semula ekonomi pada November ini, dengan jangkaan 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Mulai Isnin ini, kerajaan membenarkan perjumpaan sosial melibatkan empat individu belum divaksin, dan melonggarkan sekatan tempoh masa pembukaan premis perniagaan seperti restoran, kafe dan pawagan, kata Perdana Menteri, Kim Boo-kyum, hari ini.

Di wilayah Seoul, perhimpunan sehingga lapan individu akan dibenarkan sekiranya kumpulan itu merangkumi empat orang yang lengkap divaksinasi, sementara di wilayah lain kebenaran itu membabitkan sehingga 10 orang.

Korea Selatan tidak pernah melaksanakan perintah penutupan penuh, tetapi mengenakan protokol paling ketat termasuk penjarakan sosial, dan membataskan perhimpunan lebih daripada dua individu selepas jam 6 petang mulai Julai, ketika gelombang keempat Covid-19 bermula.

Selain kebenaran perjumpaan sosial itu, Korea Selatan juga membenarkan acara sukan luar diadakan dengan kehadiran 30 peratus penonton lengkap vaksinasi, kata Timbalan Menteri Dasar Kesihatan, Lee Ki-il.

“Selama satu tahun dan lapan bulan terakhir, setiap individu telah melakukan yang terbaik untuk mencari cahaya di hujung terowong panjang – pandemik – dan kilatan cahaya semakin dekat,” kata Kim.

“Selebihnya bulan Oktober dengan baki dua minggu lagi akan menjadi ujian terakhir untuk melangkah ke rutin yang dipulihkan.”

Peraturan penjarakan sosial baharu itu akan dilaksanakan sehingga 31 Oktober. Strategi lebih inklusif akan diperkenal, khususnya untuk perniagan kecil dan bekerja sendiri akan diumum kemudian.

Korea Selatan melaporkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 semalam sebanyak 1,684 kes, menjadikan keseluruhannya 339,361 kes dengan 2,626 kematian. Sebanyak 62.5 peratus daripada 52 juta populasinya lengkap divaksinasi, manakala 78.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Negara itu telah memulakan program pemberian dos penggalak Pfizer mulai hari ini, enam bulan selepas dos kedua AstraZeneca diberikan. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok