Korea Selatan catat kes tertinggi dalam 24 jam lalu

November 18, 2021 · Dunia

Korea Selatan melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 3,292 kes dalam tempoh 24 jam lalu, tatkala negara itu melangkah ke fasa pertama untuk ‘hidup bersama Covid-19’ dengan melonggarkan beberapa sekatan.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KDCA) hari ini berkata, peningkatan jangkitan telah diramal oleh pegawai dan pakar perubatan susulan sekatan penjarakan sosial ditarik balik awal bulan ini, setelah negara itu merekodkan lebih 70 peratus daripada 52 juta penduduknya menerima vaksin Covid-19.

Lebih 78.5 peratus daripada penduduk Korea Selatan telah lengkap divaksinasi, termasuk 90 peratus daripadanya adalah individu dewasa.

KDCA berkata peningkatan kes serius juga didorong oleh pengurangan keberkesanan vaksin Covid-19 yang diberikan kepada kumpulan yang terdedah seperti warga tua, yang membawa kepada peningkatan jangkitan mendadak.

Sehingga hari ini, terdapat 506 kes serius Covid-19, turun daripada 522 kes yang dilaporkan semalam.

Bagi meredakan lonjakan itu, KDCA berkata pihaknya telah memutuskan untuk memendekkan sela masa dos untuk suntikan penggalak kepada empat bulan untuk individu berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang tinggal atau bekerja di rumah jagaan serta kemudahan lain yang mudah terdedah kepada Covid-19.

Susulan peningkatan jangitan itu, kegunaan katil hospital semakin meningkat, khususnya di hospital sekitar kawasan Seoul ,, dengan hanya kira-kira 30 peratus unit rawatan rapi (ICU) yang masih tersedia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok