Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara

September 2, 2022 · Dunia

Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat bersetuju untuk mengambil tindakan tegas terhadap ujian senjata nuklear baharu oleh Korea Utara, kata penasihat keselamatan tertinggi Korea Selatan pada Khamis.

Kim Sung Han membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan tiga hala dengan rakan sejawatannya dari AS dan Jepun, Jake Sullivan dan Takeo Akiba, di Honolulu, lapor agensi berita Yonhap, menurut laporan Bernama.

“Kami bersetuju bahawa tidak boleh ada pemikiran atau reaksi naif bahawa Korea Utara telah menjalankan enam ujian nuklear dan (ujian baharu) hanya akan menjadi satu lagi ujian nuklear,” kata Kim kepada pemberita.

“Sekiranya Korea Utara menjalankan ujian senjata nuklear ketujuhnya, reaksi kami pasti berbeza,” tambahnya.

Pegawai di Seoul dan Washington sebelum ini berkata Korea Utara nampaknya telah melakukan “semua persediaan” untuk ujian nuklearnya dan ia mungkin hanya menanti masa.

Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan terakhir pada September 2017.

Kim enggan mengulas mengenai sebarang langkah khusus yang mungkin diambil oleh ketiga-tiga negara terhadap Korea Utara tetapi berkata ia akan menyedarkan Pyongyang bahawa tindakan melancarkan ujian senjata nuklear ketujuh merupakan “keputusan yang salah”.

Rumah Putih turut memaklumkan, penasihat keselamatan negara AS mengesahkan semula komitmen AS terhadap pertahanan Korea Selatan dan Jepun.

“Mereka membincangkan komitmen bersama terhadap keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan serta mengutuk pembangunan berterusan program peluru berpandu balistik dan senjata pemusnah besar-besaran oleh Korea Utara dan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine,” katanya mengenai mesyuarat tiga hala itu dalam kenyataan akhbar.

Pertemuan tiga hala antara penasihat keselamatan negara tertinggi Korea Selatan, Jepun dan AS yang pertama seumpamanya dalam tempoh 16 bulan, serta yang pertama sejak Kim mengambil alih jawatan pada awal tahun ini.

Berita berkaitan
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023· Dunia
Dr Mahathir dijemput berucap di Jepun, gesa henti peperangan
May 25, 2023· Isu semasa
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok