Korban pertama akibat varian Omicron di Korea Selatan

Korea Selatan hari ini melaporkan dua korban pertama akibat daripada jangkitan varian Omicron.

Laporan agensi berita Yonhap memaklumkan ini adalah kematian pertama di negara itu melibatkan dengan varian baharu Covid-19 yang memiliki kadar kebolehjangkitan tinggi.

Pihak berkuasa kesihatan di Gwangju yang terletak di 329 selatan Seoul memaklumkan kedua-dua pesakit tersebut adalah mereka yang dijangkiti dengan varian Omicron Covid-19 sehingga meninggal dunia.

Kedua-dua mangsa yang terkorban itu berumur dalam lingkungan 90-an dan disahkan positif Covid-19 daripada hasil ujian saringan selepas mereka meninggal dunia masing-masing pada hari Isnin dan Rabu lalu.

Sebelum ini, kedua-dua mangsa dikesan positif hasil ujian saringan yang dilaksanakan di sebuah hospital penjagaan orang tua di bandar itu.

Maklumat terbaharu itu dilaporkan sebagai korban pertama melibatkan jangkitan varian membimbangkan (VOC) Omicron di Korea Selatan, tetapi pihak berkuasa kesihatan masih menyiasat punca sebenar kematian kedua-dua pesakit itu.

BERITA BERKAIT
POPULAR