Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang

November 22, 2022 · Dunia

Jumlah kematian akibat gempa bumi pada skala 5.6 Ritcher pada Isnin (21 November 2022) di Jawa barat, Indonesia, meningkat kepada 268 orang dan mencederakan lebih 1,083 lagi.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana Indonesia, Suharyanto berkata kesan gempa itu juga menyebabkan lebih 22,198 rumah rosak, manakala 58,362 penduduk hilang tempat tinggal.

Dalam pada itu, usaha menyelamat masih diteruskan untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan.

Gempa bumi cetek berlaku berhampiran bandar Cianjur di mana kebanyakan mangsa terkorban, ratusan cedera dan berpuluh-puluh dikhuatiri terperangkap apabila bangunan dan tanah runtuh.

Menurut Suharyanto sekurang-kurangnya 151 orang masih hilang.

“Keutamaan masih diberikan kepada pencarian dan pemindahan mangsa. Apabila respons kecemasan tamat, harap semua orang sudah ditemui,” katanya.

Gempa bumi itu turut mencetuskan tanah runtuh, termasuk di lereng bukit di daerah Cugenang. Penduduk memberitahu bahawa terdapat berpuluh-puluh rumah yang dihanyutkan lumpur.

Ketua Agensi Penyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Henri Alfiandi berkata kebanyakan daripada mangsa yang terbunuh adalah kanak-kanak yang sedang belajar di sekolah ketika kejadian berlaku.

Sebahagian daripada mereka yang maut adalah pelajar di sekolah pondok, manakala yang lain terbunuh di rumah mereka apabila bumbung dan dinding runtuh.

Operasi mencari menjadi lebih mencabar kerana hubungan jalan raya dan bekalan elektrik terputus sementara di sebahagian besar kawasan pergunungan di luar bandar. – Agensi

Berita berkaitan
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Trump mengaku tak bersalah atas 37 pertuduhan
June 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
49 minit lalu
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok