Konflik Ukraine mengakibatkan 10 juta orang berpindah

March 20, 2022 · Dunia

Konflik Rusia-Ukraine memaksa 10 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka, lapor Agensi Anadolu memetik ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Perang di Ukraine sangat dahsyat sehingga 10 juta orang melarikan diri – sama ada berpindah di dalam negara, atau menjadi pelarian di luar negara,” ciap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian Filippo Grandi di Twitter pada Ahad menurut laporan Bernama.

“Antara tanggungjawab pihak yang melancarkan perang, di mana sahaja di dunia, adalah penderitaan yang ditanggung orang awam kerana terpaksa meninggalkan rumah mereka.”

Menurut data PBB, hampir 3.4 juta pelarian meninggalkan Ukraine sejak perang tercetus pada 24 Feb lepas dengan lebih 2 juta diterima oleh negara jiran Poland, hampir 530,000 oleh Romania dan lebih 362,000 oleh Moldova.

Kira-kira 6.5 juta dianggarkan menjadi pelarian domestik di negara itu.

Perang itu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 847 orang awam dan menyebabkan kira-kira 1,400 cedera di Ukraine, kata PBB, sambil menegaskan bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana keadaan di lapangan menyukarkan pengesahan.

Berita berkaitan
Tun Maimun dedah gangguan terhadap badan kehakiman tahun lalu
January 9, 2023· Isu semasa
Najib mohon badan dunia campur tangan, minta dibebaskan: Peguam
January 5, 2023· Isu semasa
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
October 2, 2022· Isu semasa
Kenapa ramai sangat ikut PM ke New York dan berapa kosnya? soal Salahuddin
September 25, 2022· Politik
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok