Kondominium runtuh di Miami dibina atas projek tambakan laut

June 28, 2021 · Dunia

Satu kajian yang dijalankan penyelidik Florida International University mendapati kondominium di Surfside, Miami, Amerika Syarikat yang runtuh Khamis lalu, dibina di atas tambakan laut.

Profesor Shimon Wdowinski yang membuat kajian yang diterbitkan tahun lalu juga mendapati bangunan itu telah tenggelam pada kadar dua milimeter setahun pada tahun 1990-an, yang mungkin mempengaruhi kekuatan strukturnya.

Kondominium itu mengandungi 136 unit dengan 55 daripadanya runtuh ketika penghuni sedang tidur.

Namun beliau memberi peringatan bahawa kajian yang dilakukannya hanya gambaran pada waktu itu.

Kondominium itu dikatakan didirikan di atas kawasan berair yang ditambak di mana pakar berkata ia perlu diperhatikan lebih kerap kerana pergeseran boleh berlaku struktur bawah tanah.

Sementara itu, pasukan pencari dan menyelamat tidak berputus asa sebaliknya terus menjalankan gerakan 24 jam bagi mengesan kemungkinan ada mangsa yang terselamat.

Setelah masuk hari kelima gerakan besar-besaran dengan bantuan pakar tragedi runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pihak berkuasa mengesahkan sembilan penghuni kondominium Champlain Towers bertentangan dengan pantai Miami, terbunuh, manakala 150 lagi masih hilang.

Punca kondominium itu runtuh kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu belum diketahui, tetapi New York Times (NYT) melaporkan seorang jurutera perunding telah memberi amaran tiga tahun lalu, bahawa terdapat bukti ‘kerosakan besar struktur’ iaitu pada ‘slab’ konkrit di bawah kolam renang dan banyak keretakan serta runtuhan di garaj parkir bawah tanah.

NYT mengatakan laporan jurutera perunding Frank Morabito pada Oktober 2018 membantu merangka rancangan pembaikan yang akan dilaksanakan segera, tetapi projek itu tidak dijalankan sehingga lebih daripada dua setengah tahun setelah pengurus bangunan diberi amaran.

Laporan Morabito menyebut sebilangan besar kerosakan kemungkinan disebabkan oleh pendedahan terhadap udara garam yang menghakis di sepanjang pantai Florida selatan. Kondominium Champlain Towers di Surfside sememangnya terletak di pinggir pantai Miami. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pertumbuhan KDNK mungkin lepas anggaran rasmi: Tengku Zafrul
September 12, 2022· Isu semasa
Ahli perniagaan Malaysia terlibat rasuah di Amerika larikan diri
September 6, 2022· Isu semasa
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022· Dunia
Biden sekali lagi dijangkiti Covid-19
July 31, 2022· Dunia
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
Anak syarikat Genting bina kapal di Jerman fail notis bankrap
January 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok