Komputer rosak, ruang udara ditutup

June 15, 2022 · Dunia

Switzerland menutup ruang udaranya pada Rabu (15 Jun) setelah sistem kawalan trafik udaranya menghadapi masalah komputer menyebabkan penerbangan dilarang, kata pegawai.

“Ruang udara Switzerland ditutup kepada lalu lintas atas sebab keselamatan selepas kegagalan komputer dengan Skyguide, perkhidmatan kawalan trafik udara Switzerland,” kata Skyguide dalam satu kenyataan.

Skyguide tidak memberikan sebarang butiran mengenai kerosakan komputer itu, tetapi menyesali kejadian ini dan akibatnya kepada pelanggan, rakan kongsi dan penumpang lapangan terbang Geneva dan Zurich.

“Kami sedang berusaha keras untuk mencari penyelesaian”.

Terdahulu, lapangan terbang Geneva dalam tweet memberitahu ia menghentikan semua penerbangannya sehingga 11 pagi (9 pagi GMT) susulan kegagalan komputer.

Agensi berita Switzerland ATS-Keystone berkata penerbangan antarabangsa ke Switzerland dialihkan ke Milan, Itali. – Agensi

Berita berkaitan
4 lapangan terbang khas untuk penerbangan haji disediakan
June 1, 2022· Dunia
Malaysia belum bercadang tutup sempadan cegah penularan cacar monyet
May 28, 2022· Isu semasa
Trafik antarabangsa di lapangan terbang tempatan meningkat: MAHB
May 23, 2022· Isu semasa
Isu tanah lapangan terbang, bekas MB Perak sedia beri kerjasama
April 23, 2022· Isu semasa
Popular
Jepun bantah kehadiran kapal perang China, Russia dekat Diaoyu
July 5, 2022
Poster tuhan Hindu merokok, pegang bendera LGBT cetus kemarahan
July 5, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
46 jemaah haji Indonesia tertipu, syarikat kata visa dari Malaysia
July 5, 2022
Lagi Dunia terkini
FMD ancam ibadah korban
5 jam lalu · Dunia
5,322 kes cacar monyet setakat ini
8 jam lalu · Dunia
Sri Lanka bankrap
July 5, 2022 · Dunia
Poster tuhan Hindu merokok, pegang bendera LGBT cetus kemarahan
July 5, 2022 · Dunia
Jepun bantah kehadiran kapal perang China, Russia dekat Diaoyu
July 5, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok