Kit ujian pantas tak mampu kesan varian Omicron: FDA

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) berkata kit ujian pantas Covid-19 di rumah kebarangkalian memberikan keputusan negatif palsu terhadap pengesanan jangkitan varian Omicron.

Kenyataan itu menyusul setelah AS berdepan lonjakan kes Covid-19, dengan pakar menyifatkan kebanyakan jangkitan varian tersebut gagal dikesan melalui ujian saringan kendiri.

Selain itu, tempoh menunggu untuk ujian Polymerase chain reaction (PCR) yang lebih tepat adalah lebih lama, manakala bekalan kit ujian saringan di rumah pula adalah sangat terhad.

Dalam satu kenyataan, FDA memaklumkan agensi itu bakal bekerjasama dengan Institut Kesihatan Nasional (NIH) untuk mengkaji prestasi ujian saringan di rumah, yang dikenali sebagai ujian antigen, terhadap sampel pesakit dijangkiti varian Omicron.

“Data awal mendapati ujian antigen memang mampu mengesan Omicron, tetapi mungkin nilai sensitivitinya semakin berkurangan,” jelas agensi itu,

Sensitiviti itu ialah ukuran sejauh mana kemungkinan ujian berkenaan dapat mengesan jangkitan varian itu.

Jelasnya, ujian sebelum ini hanya menumpukan pada sampel virus yang dinyah aktif menggunakan haba berbanding terhadap virus hidup yang memberikan keputusan lebih baik dan tiada kekurangan prestasi dikesan setakat ini.

FDA menyatakan pihaknya akan terus membenarkan penggunaan ujian antigen, berfungsi untuk mengesan protein permukaan Covid-19 dan individu perlu terus menggunakannya mengikut arahan.

Contohnya, beberapa kit ujian pantas memerlukan pengguna untuk melakukan dua ujian saringan dengan jarak masa tertentu untuk mengesahkan keputusan negatif.

Jika seseorang individu itu diuji negatif dengan kit ujian pantas tetapi masih dianggap mungkin dijangkiti Covid-19, sama ada sekiranya mempunyai gejala atau terdedah kepada kontak rapat, mereka disyorkan untuk melakukan ujian molekul seperti PCR.

Dengan itu, ia lebih berupaya mengesan bahan genetik virus itu dan ia adalah lebih tepat kerana terdapat berjuta-juta salinan virus RNA mahupun jumlah yang dikesan adalah kecil. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR