Ketua pengganas Houthi antara 20 maut tentera pakatan serang balas

January 20, 2022 · Dunia

Ketua kumpulan militan Syiah Houthi adalah salah seorang daripada kira-kira 20 pengganas yang terbunuh dalam serangan udara oleh pakatan tentera negara-negara Arab diketuai Riyadh, ke atas ibu kota Yaman, Sanaa.

Major General Abdullah Qasim al-Junaid, ketua akademi penerbangan militan yang disokong Iran, sebelum ini dijatuhi hukuman mati dalam perbicaraan tanpa kehadiran oleh mahkamah di Marib, Yaman, tahun lalu atas tuduhan melakukan rampasan kuasa tentera dan jenayah perang.

Serangan udara pada Selasa yang menyasarkan kem dan kubu kuat Houthi di ibu kota Yaman itu adalah yang paling hebat pernah dilakukan dalam tempoh hampir tiga tahun.

Tindakan itu menyusul serangan dron Houthi ke atas depot simpanan minyak dan lapangan terbang di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyebabkan tiga warga asing terbunuh, serta pelancaran lapan dron yang dipintas pertahanan Arab Saudi.

Susulan serangan dron pada Isnin, UAE berkata negara itu berhak untuk bertindak balas terhadap serangan pengganas dan peningkatan jenayah.

Amerika Syarikat (AS) berikrar untuk memastikan Houthi bertanggungjawab ke atas serangan di UAE, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah, Britain, Perancis, dan di seluruh negara-negara Teluk.

Serangan ke atas Abu Dhabi berlaku ketika Houthi mengalami beberapa kekalahan dalam perang di Yaman, termasuk pertempuran yang panjang di mana mereka dihalau keluar dari wilayah Shabwa oleh ‘Giants Brigades’ yang dilatih UAE.

Kekalahan itu memberi tamparan kepada kempen Houthi untuk menawan medan pertempuran di wilayah Marib, kubu terakhir kerajaan di utara.

“Tidak ada penamat untuk perang Yaman,” kata Elisabeth Kendall, seorang penyelidik di Kolej Pembroke Universiti Oxford.

“Sebaliknya, konflik semakin meningkat.”

Bagaimanapun, beliau menambah: “UAE tidak akan tergesa-gesa untuk bertindak balas dengan cepat. Ia telah melabur dengan banyak di Yaman, terutamanya dalam infrastruktur politik dan ketenteraan di selatan. Ia tidak mungkin menyimpang daripada strategi jangka panjangnya… atas dasar provokasi.” – Agensi

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok