Ketua Militan Indonesia terbunuh ditembak polis

September 19, 2021 · Dunia

Pasukan Keselamatan Indonesia mengesahkan kejayaan menembak mati seorang Ketua Kumpulan Militan Mujahidin Indonesia Timur (MIT) yang bekerjasama dengan kumpulan pengganas, Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Operasi yang dijalankan dengan kerjasama tentera dan polis itu mengorbankan Ali Kalora dalam satu tembakan di sebuah kampung di Pulau Sulawesi semalam.

Manakala, seorang lagi anggota militan turut terkorban dalam serangan tersebut iaitu Jaka Ramadhan, yang dikenali sebagai Ikrima dan pihak polis masih memburu empat lagi anggota MIT yang lain.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa berjaya menemui bahan letupan, senapang M-16 dan dua bilah parang yang dipercayai akan digunakan dalam rancangan serangan kumpulan itu.

Pada 2016, Kalora telah mengambil alih pimpinan MIT setelah pihak polis berjaya membunuh ketuanya, Santoso.

Pihak Berkuasa Indonesia yakin, MIT bertanggungjawab dalam beberapa kes pembunuhan kejam empat penduduk di kampung Sulawesi pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Ketua MIT Santoso menjadi militan yang paling dikehendaki di Indonesia dan merupakan salah seorang pengikut setia kepada kumpulan pengganas ISIS.

Penganalisis dari Universiti Indonesia, Ridwan Habib memaklumkan kumpulan MIT yang berpusat di Sulawesi ini tidak akan dapat bertahan selepas kematian dua ketuanya walaupun terdapat pandangan bahawa anggota MIT yang melarikan diri itu akan terus menentang pasukan polis.

“Terdapat ideologi anggota MIT, dengan mencari kematian itu akan membawa mereka masuk terus ke syurga. Dan tidak mustahil, sekiranya ketua mereka mati, mereka juga akan mencari kematian. Tidak mustahil sekiranya akan ada penubuhan baharu (MIT) atau pemilihan pemimpin baharu” katanya lapor Reuters.

Bulan lalu, polis Indonesia sudah menahan 53 anggota militan yang disyaki telah merancang serangan pada hari kemerdekaan Indonesia.

Pada tahun 2002, serangan militan Islam terburuk di Republik tersebut berlaku di pulau pelancongan Bali, ia mengorbankan lebih 202 orang dan kebanyakannya melibatkan pelancong asing.

Berita berkaitan
Polis tahan lelaki letak vape dalam mulut bayi
August 9, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Dua anggota polis iring anak MP UMNO kena tindakan tatatertib
August 4, 2022· Isu semasa
Taktik penipuan perdaya mangsa tawar Skim Bantuan Khas Covid-19
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
7 cedera dalam insiden tembakan tengah malam di Orlando
August 1, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
13 jam lalu · Dunia
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
14 jam lalu · Dunia
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
21 jam lalu · Dunia
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022 · Dunia
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
August 10, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok