Ketua hospital cetus debat pesakit tak divaksinasi perlu bayar kos

January 28, 2022 · Dunia

Ketua pengendali sistem hospital Paris mencetuskan perdebatan sengit apabila mempersoalkan sama ada individu yang enggan diberi vaksin Covid-19 harus terus dilindungi oleh insurans kesihatan awam, atau tidak.

Di bawah sistem penjagaan kesihatan Perancis, semua pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dilindungi insurans kesihatan, yang menelan kos kira-kira euro 3,000 sehari dan biasanya berlangsung selama seminggu hingga 10 hari.

“Apabila ubat percuma dan bagus tersedia, adakah orang ramai akan menolak tanpa akibat… sedangkan kita bergelut untuk menjaga pesakit lain?” kata Ketua pengendali sistem hospital AP-HP Paris, Martin Hirsch.

Hirsch berkata beliau membangkitkan isu itu kerana kos kesihatan semakin meningkat dan tingkah laku tidak bertanggungjawab sesetengah pihak tidak seharusnya menjejaskan ketersediaan sistem untuk orang lain.

Beberapa profesional kesihatan Perancis menolak cadangannya, manakala ahli politik sayap kanan menggesa Hirsch dipecat, dan Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo – yang mempengerusikan lembaga AP-HP dan yang merupakan calon sosialis dalam pilihan raya presiden pada April – berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan.

Tanda pagar yang menyeru pemecatan Hirsch menjadi sohor di laman Twitter Perancis.

Menteri Kesihatan Olivier Veran tidak mengulas mengenai cadangan Hirsch tetapi Olga Givernet, Ahli Parlimen untuk parti LREM, Presiden Emmanuel Macron, berkata “isu yang dibangkitkan oleh komuniti perubatan tidak boleh diabaikan”.

Tinjauan IFOP pertengahan Januari menunjukkan bahawa 51 peratus rakyat Perancis menganggap adalah wajar individu tidak mengambil vaksin yang dimasukkan ke ICU perlu membayar sebahagian atau semua bil hospital mereka.

Ahli Parlimen konservatif Les Republicains, Sebastien Huyghe – yang Rang Undang-undang untuk membuat mereka yang tidak divaksinasi membayar sebahagian daripada kos perubatan mereka ditolak oleh Parlimen – berkata idea itu bukan untuk menolak mereka yang tidak divaksinasi dari ICU, tetapi untuk membuat mereka membayar sumbangan minimum terhadap kos penjagaan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok