Kesatuan Afrika gantung keahlian Sudan

October 28, 2021 · Dunia

Kesatuan Afrika semalam bertindak menarik balik keahlian Sudan dan melarang negara itu dari menyertai semua aktiviti yang diadakan oleh kesatuan.

Keputusan tersebut akan berkuat kuasa sehingga kerajaan peralihan negara itu dikembalikan semula.

Kerajaan peralihan itu dibentuk lebih dua tahun lalu selepas penyingkiran bekas Presidennya, Omar Al-Bashir.

Menurut satu kenyataan, Majlis Politik, Keamanan dan Keselamatan Afrika (PAPS) hasil gabungan pegawai awam dan tentera menyeru supaya kerajaan peralihan dikembalikan semula.

Dengan menyambut baik pembebasan Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok, pihak PAPS turut menggesa supaya sayap tentera yang diketuai Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan itu agar membebaskan anggota kabinet dan pegawai awam lain yang ditahan.

Isnin lalu, tentera Sudan sudah mengumumkan darurat serta membubarkan majlis kedaulatan dan kerajaan peralihan, selepas beberapa jam Hamdok dan beberapa menteri lain di tahan.

Susulan daripada pengambilalihan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan semua negara lain turut menggesa supaya kerajaan peralihan Sudan dikembalikan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Apabila rampasan kuasa tentera gagal pada bulan lalu, ketegangan dan pergaduhan sudah meletus di antara pihak tentera dan pentadbiran awam di negara itu.

Sebelum pengambilalihan itu, Sudan sebelum ini ditadbir oleh majlis berdaulat yang menggabungkan pihak tentera dan pegawai awam, sebelum pilihan raya dijadualkan akan diadakan pada tahun 2023.

Berita berkaitan
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Wartawan tanya lain tapi PMX jawab benda lain, melilau bagi jawapan
October 4, 2023· Politik
Lebih 27 maut, 183 cedera askar, pemberontak bertempur di Sudan
April 16, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok