Kes turun, rakyat Indonesia mula abai protokol perlindungan Covid-19

November 23, 2021 · Dunia

Pakar epidemiologi dari Universiti Sebelas Maret (UNS), Indonesia, Dr Tonang Dwi Ardyanto berkata penerapan protokol kesihatan Covid-19, seperti memakaipelitup muk, adalah tanggungjawab peribadi.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai menjawab situasi semasa susulan orang ramai mula mengabaikan perintah kesihatan kerana jangkitan harian Covid-19 di negara itu semakin menurun.

“Ia adalah menjadi tanggungjawab peribadi untuk memakai pelitup muka dengan betul dan kerap mencuci tangan.

“Sementara menjaga penjarakan fizikal, menguruskan pengudaraan bilik dan jumlah individu boleh berkumpul di sesuatu tempat adalah tanggungjawab awam,” katanya.

Manakala, kerajaan pula katanya bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan, menyediakan persekitaran yang selamat serta bertoleransi.

“Ingat bahawa pandemik Covid-19 belum berakhir dan protokol kesihatan masih belum ditarik balik,” tegasnya.

Pakar patologi klinikal juga merayu orang ramai supaya saling ingat mengingati untuk terus memakai pelitup muka.

“Jangan berasa ganjil untuk memakai pelitup muka. Anda tidak melakukan apa-apa kesalahan, apatah lagi merugikan orang ramai dalam situasi semasa pandemi Covid-19 ini,” katanya.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam kerana risiko penularan Covid-19 masih wujud jika orang ramai mengabaikan protokol kesihatan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok