Kes turun: Jakarta bakal longgar Darurat Tahap 4 mulai esok

August 9, 2021 · Dunia

Daerah Khusus Ibukota Jakarta (DKI Jakarta) merancang melonggarkan perintah sekatan pergerakan di bawah perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat Tahap 4 (Darurat Tahap 4), susulan penurunan kes baharu Covid-19 di wilayah itu.

Langkah yang bakal dilaksanakan esok, 10 Ogos 2021, akan membolehkan pusat beli-belah dan restoran di ibu kota Indonesia itu dibuka semula dengan jumlah kehadiran pengunjung dihadkan.

Peningkatan indikator dan vaksinasi bermakna Jakarta berada pada posisi yang baik untuk melonggarkan langkah kawalannya, lapor The Straits Times yang memetik sumber kerajaan, hari ini.

“Indikator (jangkitan Covid-19) Jakarta bertambah baik. Kes aktif, kadar positif, nisbah penempatan katil (hospital) semuanya berada pada aliran menurun,” kata sumber itu.

DKI Jakarta dengan lebih 11 juta penduduknya diletakkan di bawah Darurat Tahap 4 sejak 3 Julai lalu, dengan restoran hanya boleh menjual makanan untuk dibawa pulang, manakala pusat beli-belah pula ditutup kecuali premis farmasi dan peralatan membaiki rumah.

Pekerja di sektor tidak penting pula bekerja dari rumah, manakala penduduk diarah duduk di rumah dan keluar hanya untuk membeli barangan keperluan selain mendapatkan rawatan perubatan.

Melonggarkan perintah sekatan kepada Darurat Tahap 3 membolehkan pusat beli-belah dan restoran dibuka dengan kadar 25 peratus kapasiti, sementara 25 peratus pekerja sektor tidak penting boleh kembali ke pejabat.

Sejak semalam, kadar kekosongan wad pengasingan Covid-19 di kebanyakan hospital di Jakarta berada pada paras 39 peratus, manakala kadar penempatan di unit rawatan rapi pula turun sebanyak 65 peratus.

Kira-kira 42 peratus daripada 11 juta populasi di DKI Jakarta telah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya manakala 90 peratus lagi memperoleh sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Jodi Mahardi, berkata pemerintah Indonesia belum membuat keputusan sama ada akan melanjutkan lagi Darurat Tahap 4 atau melonggarkannya, setelah tempohnya berakhir hari ini.

Perintah Darurat Tahap 4 mula dikuatkuasakan pada 3 Julai sehingga 20 Julai 2021. Perintah itu kemudian dilanjutkan tiga kali iaitu pada 21-25 Julai; 26 Julai-2 Ogos; dan 3-9 Ogos. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
10 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok