Kes positif di Filipina hampir 3.5 juta

January 28, 2022 · Dunia

Kes positif Covid-19 di Filipina hampir mencecah 3.5 juta susulan 24,138 lagi jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, kata Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu.

Daripada keseluruhan 3,493,447 kes itu, 226,521 atau 6.5 peratus adalah kes aktif, namun 97.9 peratus mengalami gejala ringan, lapor DOH.

Semalam sahaja seramai 22,014 pesakit telah sembuh menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 3,213,190 atau 92 peratus daripada kes terkumpul.

DOH berkata seramai 74 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam menjadikan keseluruhannya sejak awal 2020 lalu sebanyak 53,736 kes.

Kadar kes positif di negara itu adalah sebanyak 35.2 peratus daripada 61,013 ujian yang dilakukan.

Sementara itu, enam lagi wilayah di Filipina diletakkan dalam senarai Amaran Tahap Tiga Covid-19.

Palawan, Camiguin, Davao Barat, Kepulauan Dinagat, Tawi-Tawi dan Sulu diletakkan dalam senarai itu berkuat kuasa hari ini sehingga 15 Februari, kata Setiausaha Kabinet, Karlo Nograles.

Amaran Tahap Tiga daripada lima tahap melarang sukan bersentuhan, pesta ria, kasino dan sesi pembelajaran bersemuka, kecuali yang dibenarkan pasukan petugas khas Covid-19 atau Pejabat Presiden.

Pada tahap tiga itu juga mengurangkan jumlah restoran, gim, restoran dan ruang rekreasi kepada 30 peratus sahaja.

Tahap amaran sesuatu kawasan bergantung kepada kadar jangkitan harian Covid-19, penularan dan penggunaan pusat jagaan kesihatan.

Metro Manila dan beberapa kawasan lain berada di bawah tahap tiga sekurang-kurangnya sehingga Isnin.

Sekurang-kurangnya 58.1 juta daripada 109 juta penduduk negara itu telah diberi vaksin sepenuhnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok