Kes positif Covid-19 global cecah 250 juta, 5.04 juta pesakit maut

November 9, 2021 · Dunia

Jangkitan Covid-19 global kini melepasi 250 juta pada Isnin apabila beberapa negara di Eropah Timur merekodkan lonjakan kes baharu, walaupun penularan varian Delta semakin berkurangan, dan banyak negara membuka semula sektor ekonomi dan pelancongan.

Sekurang-kurangnya 5.04 juta penduduk dunia juga meninggal akibat wabak yang mula tercetus di Wuhan, China, pada akhir 2019 lalu.

Purata bilangan kes harian turun sebanyak 36 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu, menurut analisis Reuters, tetapi virus itu masih menjangkiti 50 juta orang di seluruh dunia setiap 90 hari disebabkan oleh varian Delta yang sangat mudah berjangkit.

Pada asasnya, ia mengambil masa hampir setahun untuk merekodkan 50 juta kes pertama Covid-19.

Pakar kesihatan optimis bahawa banyak negara telah mengakhiri kemuncak penularan hasil program suntikan vaksin, tetapi memberi amaran cuaca sejuk serta perhimpunan sempena perayaan dan cuti hujung tahun boleh meningkatkan semula jangkitan.

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara paling teruk dijangkiti dengan 754,431 kematian daripada 46,487,857 kes positif, diikuti Brazil (609,447 kematian, 21,880,439 kes); India (461,057 kematian, 34,366,987 kes); Mexico (289,734 kematian, 3,826,786 kes); dan Russia (248,004 kematian, 8,834,495 kes).

Jangkitan masih meningkat di 55 daripada 240 negara, dengan Russia, Ukraine dan Greece berada pada atau menghampiri paras rekod kes yang dilaporkan sejak wabak itu bermula dua tahun lalu, menurut analisis Reuters.

Lebih separuh daripada semua jangkitan baharu yang dilaporkan di seluruh dunia berlaku di negara-negara Eropah, dengan sejuta jangkitan baharu bagi setiap empat hari, menurut analisis itu.

Beberapa wilayah di Russia berkata mereka akan mengenakan sekatan tambahan atau melanjutkan penutupan tempat kerja kerana negara itu kes kematian di negara itu terus melonjak.

Pada Isnin, Russia melaporkan 39,400 jangkitan baharu, termasuk hampir 5,000 kes di Moscow sahaja. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok