Kes pertama libatkan varian Omicron dikesan di Amerika

December 2, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kes pertama varian baharu Covid-19 dikenali sebagai Omicron dikesan di negaranya.

Kes tersebut dikenal pasti melibatkan pesakit lengkap divaksin yang mengunjungi negara Afrika Selatan pada 22 November lalu dan disahkan positif tujuh hari selepas itu.

Pakar Penyakit Berjangkit AS, Dr Anthony Fauci memaklumkan pesakit berkenaan sudah menerima vaksin sepenuhnya tetapi belum mendapatkan dos penggalak.

Jelasnya, sehingga kini, pesakit berkenaan sedang mendapatkan rawatan dan menjalani kuarantin serta semua kontak rapatnya sudah diuji negatif.

“Jabatan Kesihatan Awam California dan San Francisco dan CDC sudah mengesahkan bahawa kes Covid-19 baru-baru ini dalam kalangan individu tempatan di California disebabkan oleh varian Omicron.

“Penjujukan terperinci genomik sudah dilaksanakan di Universiti California di San Francisco dan dari urutan itu sudah disahkan di CDC selari dengan varian Omicron,” jelasnya.

Sementara itu, Fauci juga selaku Ketua Penasihat Perubatan kepada Presiden Amerika Syarikat menjelaskan, untuk mengenal pasti dengan terperinci varian baharu ini, ia akan mengambil tempoh dua minggu atau lebih untuk mendapatkan gambaran tentang penularan varian itu dari individu ke individu, betapa teruk gejala yang dialami serta sama ada varian ini dapat memintas perlindungan sedia ada yang dimiliki oleh vaksin yang tersedia ketika ini.

Tambahnya, tiada maklumat yang mencukupi sehingga kini mengenai varian baharu itu, namun profil molekul varian tersebut menggambarkan bahawa ia mungkin lebih mudah menular.

Sehingga kini, varian Omicron sudah dikenal pasti di lebih 23 negara dan ianya dijangka akan terus meningkat.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok