Kes melonjak: Pakar gesa Thailand tangguh isytihar pascapandemik

July 1, 2022 · Dunia

Seorang pakar penyakit berkaitan paru-paru terkemuka Thailand menggesa Kementerian Kesihatan Awam (MPH) menangguhkan rancangannya untuk mengumumkan negara itu memasuki peringkat pascapandemik mulai hari ini, sebagai permulaan untuk mengisytiharkan Covid-19 sebagai penyakit endemik.

Bilangan pesakit baharu yang dijangkiti Covid-19 yang dimasukkan ke Hospital Vichaiyut di Bangkok sahaja meningkat pada kadar yang cukup tinggi menyebabkan wad Covid-19 terpaksa dibuka semula, kata Dr Manoon Leechawengwongs, pakar paru-paru.

Perisytiharan yang dirancang harus ditangguhkan sehingga keadaan bertambah baik, katanya, sambil menambah bahawa semua hospital di Bangkok kini menyaksikan peningkatan kes Covid-19.

Dr Manoon memberi amaran walaupun kebanyakan pesakit baharu yang dirawat di hospital itu tidak mengalami jangkitan teruk kerana mereka semua telah divaksin, peningkatan jumlah yang tinggi harus dianggap sebagai satu kebimbangan.

Terdahulu MPH memaklumkan dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 2,354 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan, dengan empat daripadanya adalah kes import.

Jumlah kematian juga meningkat kepada 16 kes, manakala 2,154 pesakit telah sembuh.

Dalam pemerhatiannya, Dr Manoon berkata kenaikan kes seiring dengan lonjakan jangkitan paru-paru baru-baru ini dalam kalangan pesakit Covid-19 baharu yang dilaporkan oleh Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA).

Jumlah itu mencecah 684 pada Khamis, menandakan lonjakan sejak dua minggu lalu, kata Dr Apisamai Srirangson, penolong jurucakap CCSA.

Jumlah itu dijangka terus meningkat tetapi kekal dalam julat ramalan sebelumnya yang dibuat sebelum mandat pelitup muka ditarik balik dan tempat hiburan malam dibenarkan dibuka semula di 31 wilayah, katanya.

Kadar purata penghunian katil hospital meningkat tetapi masih pada tahap yang boleh diterima iaitu 9.9 peratus. Hospital di wilayah seperti Samut Prakan menyaksikan kadar yang lebih tinggi melebihi 20 peratus, katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok