Kes manusia pertama dijangkiti selesema burung H3N8 dikesan di China

April 27, 2022 · Dunia

China merekodkan jangkitan pertama manusia dengan strain H3N8 selesema burung, bagaimanapun pihak berkuasa berkata risiko ia merebak di kalangan manusia adalah rendah.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari wilayah Henan tengah dikesan dijangkiti varian itu selepas mengalami demam dan gejala lain pada 5 April lalu.

Tiada kontak rapat dengan pesakit dijangkiti virus itu, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya itu berkata penilaian awal mendapati varian itu belum mempunyai keupayaan untuk menjangkiti manusia secara berkesan dan risiko wabak berskala besar adalah rendah.

Kanak-kanak itu didapati bersentuhan dengan ayam dan burung gagak yang diternak di rumahnya, kata kenyataan itu lagi.

Varian H3N8 sebelum ini dikesan di tempat lain di dunia melibatkan binatang seperti kuda, anjing, burung dan anjing laut tetapi tiada kes manusia H3N8 dilaporkan.

Banyak jenis strain selesema burung yang berbeza terdapat di China dan secara sporadis menjangkiti orang, biasanya mereka yang bekerja dalam penternakan ayam.

Tahun lepas China melaporkan kes manusia pertama dijangkiti H10N3.

Berita berkaitan
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023· Isu semasa
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023· Dunia
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023· Isu semasa
Bilangan pelajar antarabangsa warga China terbesar di UTM tahun ini
February 3, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
12 jam lalu · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok