Kes jangkitan dan korban akibat Covid-19 global terus melonjak

October 21, 2021 · Dunia

Sehingga hari ini, angka kumulatif akibat jangkitan Covid-19 di seluruh dunia sudah menghampiri 242 juta kes.

Menurut data Johns Hopkins University, terdapat lebih 241,929,587 kes direkodkan dan dalam tempoh 24 jam, terdapat lebih 400,000 kes baharu yang dikesan.

Data menunjukkan, Amerika Syarikat masih kekal di tangga pertama, negara paling terjejas teruk akibat jangkitan wabak ini, dengan 45,199,397 kes.

Diikuti India, dengan 34,108,996 kes, Brazil (21,664,879) dan United Kingdom (8,629,856).

Sementara Rusia, Perancis dan Turki, masing-masing merekodkan lebih 7 juta kes jangkitan.

Di Asia Tenggara, Indonesia masih mendominasi angka tertinggi kes jangkitan dengan 4,237,201 kes dan diikuti dengan Filipina (2.7 juta), Malaysia (2.4 juta), Thailand (1.8 juta) serta Singapura (158,587).

Sementara itu. angka korban akibat jangkitan Covid-19 global turut menunjukkan trend peningkatan dan sudah mencecah hampir 4.9 juta kes.

Melalui data, Amerika Syarikat masih kekal mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan lebih 730,209 kes.

Dan diikuti dengan Brazil di tangga kedua dengan 603,855 kes, India (452,651), Mexico (284,925) dan Rusia (222,320).

Sementara di Asia Tenggara, Indonesia tetap mendominasi angka korban tertinggi dengan lebih 143,077 kes kematian direkodkan akibat Covid-19.

Di tangga kedua, Filipina dengan 40,977 kes, diikuti Malaysia (28,138) serta Thailand (18,486).

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok