Kes jangkitan baharu di Singapura meningkat, 5 lagi mati

September 29, 2021 · Dunia

Singapura mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu semalam melepasi selepas 2,000 kes sehari buat kali pertama sejak pandemik itu menular.

Sebanyak 2,236 kes baharu direkodkan setakat 28 September, menurut Kementerian Kesihatan Singapura 1,711 kes dikesan dalam komuniti, 515 di asrama pekerja migran dan 10 kes import.

Berdasarkan data terkini, 1,325 kes kini ditempatkan di hospital antaranya 209 adalah kes serius yang memerlukan bantuan oksigen dan 30 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Sejak 28 hari lalu, daripada 24,005 individu yang dijangkiti, 98.0 peratus tidak mengalami atau bergejala ringan, 1.7 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus di ICU dan 0.1 peratus pesakit meninggal dunia.

Kementerian itu memaklumkan lima lagi kes – kesemuanya warga emas Singapura – telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah korban untuk bulan ini sebanya 30 orang.

Pada 27 Sept, sebanyak 82 peratus penduduk sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan 85 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Singapura sudah memberikan sejumlah 9,128,419 dos vaksin Pfizer-BioNTech Comirnaty dan Moderna di bawah program vaksinasi kebangsaan termasuk 172,090 dos penggalak.

Di samping itu, 194,270 dos vaksin lain yang diiktiraf untuk penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan kepada 97,311 individu.

Sehingga tengah hari Selasa, jumlah kes di republik ini sebanyak 91,775 dengan 15,469 kes aktif dan 85 kematian.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok