Kes harian Covid-19 di India meningkat, lepas angka 10,000

June 16, 2022 · Dunia

Jumlah kes baharu Covid-19 harian di India terus meningkat dengan pantas apabila 12,213 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Persekutuan pada Khamis.

Ini kali pertama sejak beberapa bulan lalu jumlah kes baharu setiap hari melepasi 10,000, lapor Xinhua, menurut Bernama.

Menurut data itu, kadar peningkatan jumlah kes baharu Covid-19 sejak dua hari lalu adalah sekitar 35 peratus. Jumlah kes baharu yang didaftarkan setiap hari meningkat hampir dua kali ganda sejak dua hari lalu.

Setakat ini, jumlah Covid-19 di India berjumlah 43,257,730 dengan kadar kes positif harian sebanyak 2.35 peratus manakala kadar kes positif mingguan 2.38 peratus.

Selain itu, 11 orang meninggal dunia akibat wabak itu di seluruh negara sejak pagi Rabu, menjadikan korban setakat ini berjumlah 524,803.

Meskipun menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam jumlah kes baharu Covid-19 setiap hari, pihak berkuasa kesihatan menolak kemungkinan berlakunya gelombang Covid-19 lain di negara itu.

Setakat ini, masih terdapat 58,215 kes aktif di negara ini – peningkatan sebanyak 4,578 dalam tempoh 24 jam lalu.

Terkini, 42,674,712 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, termasuk 7,624 orang dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam lalu.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok