Kes global turun 21 peratus tapi Korea Selatan, Indonesia catat rekod

February 21, 2022 · Dunia

Covid-19 semakin reda di seluruh dunia dengan penurunan mingguan 10 peratus kes kematian dan 21 peratus jangkitan baharu, tiga bulan setelah varian Omicron pertama kali dilaporkan walaupun dua negara Asia, Korea Selatan dan Indonesia, mencatat rekod jangkitan harian.

Dalam tempoh tujuh hari lalu, kes global meningkat 12,787,862 menjadikan keseluruhannya 424,725,372, menurut data Worldometers.info setakat hari Ahad.

Jangkitan baharu global mencecah rekod harian sebanyak 3,804,223 pada 20 Januari lalu, tetapi turun semula kepada 1,584,313 pada Sabtu, lapor United Press International (UPI).

Pada 13 Disember 2021, ia turun kepada 480,954. Semasa kemuncak lonjakan varian Delta, kes mencecah 904,084 pada 29 April. Sebanyak 8,124 kematian yang dilaporkan pada Sabtu lalu kurang daripada separuh rekod 17,399 pada 27 Januari 2020.

Sejak Omicron pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada 24 November, kebanyakan negara telah mencatat rekod kes harian.

Tetapi hanya dua negara besar mencatat rekod minggu lalu – Korea Selatan mencatat 109,828 Jumaat dan 104,828 Ahad, manakala Indonesia (63,956 Khamis, 48,484 Ahad).

Tetapi Korea Selatan melaporkan hanya 51 kematian pada Ahad, di bawah rekod 109 pada 23 Disember, sementara Indonesia merekodkan 163 kematian pada Ahad, jauh di bawah 2,069 kes pada 27 Julai 2021.

Negara lain yang mencatat rekod kes harian baru-baru ini termasuk Amerika Syarikat sebanyak 904,168, diikuti Perancis (501,635); Itali (228,1279); Brazil (286,050); Jerman (247,128); Britain (218,724); Russia (203,766); Belanda (189,377); Sepanyol (189,377); Australia (153,968); Argentina (134,439); Turki (111,157); Japan (100,949); Israel (83,739); Mexico (60,552); Kanada (55,350); dan Greece (50,126).

Korea Selatan, dengan populasi 15.8 juta, melaporkan 563,804 kes dalam tempoh seminggu dan meningkat kepada 1,3962,837, peningkatan 74 peratus, dengan kes di bawah 4,000 setiap hari sebelum pengesanan Omicron. Korea Selatan telah melaporkan 7,405 kematian.

Walaupun mengalami lonjakan, Korea Selatan menggunakan pendekatan ‘pilih dan fokus’ dengan meminta pesakit yang diuji positif menjaga diri mereka di rumah.

“Kita mesti menggunakan sumber terhad kita dengan lebih berkesan, menumpukan kepada mencegah pesakit berisiko tinggi daripada sakit teruk atau mati,” kata Menteri Kesihatan Kwon Deok-cheol.

Indonesia, dengan 278 juta penduduk agak kebal daripada lonjakan, tetapi kes naik 385,769 dalam tempoh seminggu, meningkat 74 peratus daripada tujuh hari sebelumnya, dengan jumlah 5,197,505 iaitu kedudukan ke-17 peringkat global.

Rekod Indonesia sebelum ini ialah 56,715 pada pertengahan Julai tahun lalu semasa lonjakan Delta. Indonesia juga mencatat 146,365 kes kematian, tempat kesembilan pada peringkat global.

Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menarik balik semua keperluan kuarantin kepada pelancong mulai April. Tempoh kuarantin telah dikurangkan daripada lima kepada tiga hari bagi individu yang telah menerima tiga dos vaksin.

“Kita perlu mencari keseimbangan antara keperluan untuk mengekalkan kesihatan dan keperluan untuk mengekalkan ekonomi,” kata Luhut Panjaitan, menteri Kabinet yang bertanggungjawab terhadap tindak balas wabak Covid-19 di Jawa dan Bali.

Beliau menambah bahawa kadar kemasukan ke hospital dan kematian jauh lebih rendah berbanding yang dialami ketika penularan varian Delta.

Setakat ini, 70.1 peratus penduduk Indonesia telah menerima vaksin Covid-19, manakala 86.5 peratus penduduk Korea Selatan menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada peringkat global, keseluruhannya lebih 10.5 bilion vaksin Covid-19 telah diberikan, meningkat 200 juta dos dalam tempoh seminggu dengan populasi dunia berjumlah 7.9 bilion, menurut data Bloomberg. – UPI

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok