Kes di Singapura terus melonjak, sistem kesihatan hadapi tekanan

October 27, 2021 · Dunia

Jangkitan Covid-19 di Singapura melonjak lagi apabila dalam tempoh 24 jam semalam, 3,277 kes baharu direkodkan, berbanding 3,174 kes pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan(MOH), hari ini.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu angka kematian turun kepada 10 pesakit meninggal dunia berbanding 14 kes kematian pada Isnin, menjadikan keseluruhannya 339 kes. Pesakit yang meninggal berusia antara 66 dan 98 tahun.

Semalam adalah hari ke 37 berturut-turut Singapura merekodkan kes kematian akibat kompilasi Covid-19.

Daripada jumlah kes baharu itu, 2,984 kes melibatkan jangkitan di dalam komuniti, 288 pekerja asing dan lima kes import, kata MOH sambil menjelaskan keseluruhan jangkitan positif meningkat kepada 179,095 kes.

Jangkitan dalam komuniti melibatkan 506 pesakit berusia 60 tahun ke atas, kata MOH.

Kementerian itu juga berkata mereka sedang berurusan dengan hospital bagi menyediakan lebih banyak katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19.

“Memandangkan kadar penggunaan ICU semasa, kami telah menambah 100 katil ICU baharu yang akan siap minggu depan.

“Walaupun kami dapat menyediakan katil ICU dalam masa yang singkat, peningkatan jumlah pesakit menambah beban dan tekanan ke atas sistem penjagaan kesihatan dan kakitangan perubatan kami,” kata MOH.

MOH juga menggesa orang ramai yang belum mengambil suntikan vaksin Covid-19 supaya berbuat demikian bagi melindungi mereka daripada jangkitan virus, sekali gus mengurangkan beban dan tekanan terhadap sistem kesihatan negara itu.

“Individu yang tidak divaksin sepatutnya meminimumkan aktiviti dan pergerakan masing-masing,” kata MOH.

Kadar penggunaan semasa katil ICU ialah 79.2 peratus, turun daripada 83.6 peratus sehari sebelumnya.

Terdapat 360 katil ICU dengan 139 sedang digunakan oleh pesakit bukan Covid-19, 146 pesakit Covid dan 75 masih kosong.

MOH berkata kluster di Institut Kesihatan Mental (IMH) kini mempunyai 138 kes dengan 10 adalah kakitangan manakala 128 adalah pesakit.

Kluster itu mula dikesan pada Isnin lalu, setelah beberapa pesakit di dalam wad didapati dijangkiti Covid-19 pada pertengahan bulan ini.

Menurut MOH sehingga kini 19,013 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 4,570 di pusat komuniti, 878 di pusat rawatan Covid-19, serta 1,787 pesakit di hospital. – ST

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok