Kes Covid di Singapura tinggi, Riau tanggung gelembung pelancongan

October 7, 2021 · Dunia

Wilayah Riau di Indonesia menangguhkan skim pelancongan dengan Singapura, yang dijadual bulan ini, susulan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 di beberapa bandar berhampiran.

Gabenor Riau Ansar Ahmad berkata, pentadbiran Kepulauan Riau berhasrat menarik kunjungan pelancong domestik ke wilayah itu sementara menantikan keputusan Jakarta untuk meneruskan skim gelembung perjalanan antara wilayah itu dan Singapura.

Pentadbiran Kepulauan Riau sebelum ini telah menghantar surat rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri dan Badan Mitigasi Bencana Nasional, yang antara lain mengesyorkan kelonggaran terhadap syarat sijil ujian Covid-19 bagi membolehkan perjalanan antara wilayah.

Menurutnya, kawasan tarikan pelancongan di Kepulauan Riau sudah dibuka semula susulan kedudukan perintah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) beralih ke Tahap Satu.

Beliau memberi jaminan bahawa kawasan pelancongan tempatan telah melaksanakan protokol kesihatan ketat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelancong sekali gus untuk mencegah berlakunya kluster jangkitan Covid-19.

Pada 4 Oktober, kerajaan Indonesia memaklumkan bahawa pulau wisata Bali akan dibuka semula kepada pelancong dari enam negara, iaitu Korea, China, Jepun, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan New Zealand, bermula 14 Oktober.

Bulan lalu, Ansar berkata Kepulauan Riau akan membuka pintu bagi pelancong Singapura yang divaksinasi sepenuhnya pada Oktober, menyusuli penurunan kes Covid-19 di wilayah tersebut.

Namun, rancangan itu kini dibatalkan memandangkan keadaan semasa di Singapura.

“Jumlah kes Covid-19 di Singapura masih tinggi,” katanya.

Gelembung pelancongan yang dicadangkan antara Batam Nongsa dan Bintan Lagoi di Kepulauan Riau pertama kali dibangkitkan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiago Uno pada bulan Mac ketika mengunjungi Batam. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022· Dunia
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
12 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
15 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
19 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
19 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
19 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok