Kes Covid di Singapura naik semula

November 18, 2021 · Dunia

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Singapura dalam tempoh 24 jam semalam naik semula kepada 3,474 kes berbanding 2,069 pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (MOH).

Angka itu menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 di negara republik berkenaan sejak awal tahun lalu kepada 244,815 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, 3,320 melibatkan jangkitan di dalam komuniti tempatan, 144 di kediaman pekerja asing, dan 10 kes import.

Seramai 506 pesakit dalam komuniti tempatan melibatkan individu berusia 60 tahun dan ke atas.

Menurut MOH kadar kegunaan kemudahan di unit rawatan rapi (ICU) juga turun daripada 63.3 peratus pada Selasa kepada 62.6 peratus semalam.

Bagaimanapun, kadar jangkitan naik sedikit kepada 0.89 berbanding 0.88 pada Selasa.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan berada di bawah satu selama lima hari berturut-turut. Jumlah tersebut merujuk kepada nisbah kes komuniti pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bahawa bilangan kes Covid-19 mingguan baharu semakin berkurangan.

Pada masa sama, MOH juga memaklumkan tujuh individu meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Semua mereka mempunyai penyakit lain, tetapi MOH tidak memperincikannya.

Jumlah kematian terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 619 kes.

Terdapat 1,468 pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital, 242 pesakit memerlukan bantuan oksigen, dengan 48 dipantau di ICU.

Seramai 64 pesakit dalam kritikal dimasukkan ke ISU dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, sebanyak 85 peratus daripada populasi Singapura lengkap divaksinasi, manakala 86 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 21 peratus menerima suntikan dos penggalak. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok