Kes Covid di Arab Saudi naik lebih 1,000, kali pertama sejak Februari

June 8, 2022 · Dunia

Jumlah kes baharu Covid-19 yang didaftarkan di Arab Saudi pada Rabu (8 Jun 2022) meningkat melebihi paras 1,000 kes, tertinggi sejak Februari lalu.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan sebanyak 1,029 kes baharu direkodkan hari ini.

Daripada jumlah itu 341 direkodkan di ibu negara Riyadh, Jeddah (190 kes), Dammam (133 kes), Makkah (48 kes), dan Madinah (41 kes).

Beberapa bandar lain merekodkan kurang daripada 35 kes baharu setiap satu.

Bagaimanapun, Arab Saudi tidak memaklumkan sama ada kes baharu itu turut melibatkan jemaah haji yang kini telah mula tiba di dua Tanah Suci – Madinah dan Makkah – sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, Arab Saudi juga mengumumkan tiga kematian baharu berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 9,163 kes.

Kenyataan yang dikeluarkan hari ini turut memaklumkan 616 pesakit telah pulih daripada Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepanjang tempoh wabak itu kepada 756,871 kes.

Lebih daripada 66 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak kempen imunisasi bermula, dengan lebih 25 juta orang telah diberi vaksin sepenuhnya.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
July 4, 2022
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
July 4, 2022
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
July 4, 2022
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022
Lagi Dunia terkini
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
5 jam lalu · Dunia
Banjir: Puluhan ribu penduduk Sydney diarah pindah
6 jam lalu · Dunia
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
8 jam lalu · Dunia
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
15 jam lalu · Dunia
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok