Kes Covid-19 melonjak dua kali ganda semasa cuti Krismas

December 26, 2021 · Dunia

Kes jangkitan Covid-19 di New Zealand melonjak lebih dua kali ganda dalam tempoh dua hari sejak Malam Krismas lalu, dengan lebih 126 jangkitan baharu dalam komuniti dilaporkan hari ini.

Daripada angka itu, hampir 45 pesakit dimasukkan ke hospital dan lapan lagi terpaksa menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, kes di Australia juga turut menunjukkan lonjakan, di New South Wales merupakan wilayah paling padat penduduk di negara itu, merekodkan lonjakan kes jangkitan baharu melebihi rekod harian sebelum ini dengan lebih 6,394 kes dilaporkan.

Sementara itu, di selatan Australia, wilayah Victoria menunjukkan penurunan 27 peratus berbanding sehari sebelumnya dengan melaporkan 1,608 kes baharu dan enam pesakit dirawat di ICU serta jumlah pesakit dirawat di ICU bagi kedua-dua wilayah itu adalah sebanyak 129 orang.

Manakala di wilayah lain seperti di Queensland merekodkan hampir 714 kes baharu dan Tasmania mencatatkan rekod jangkitan harian baharu sebanyak 44 kes.

Sepanjang tempoh cuti Krismas, lebih 180,000 ujian saringan Covid-19 sudah dilaksanakan di wilayah paling padat penduduk di Australia.

Perdana Menteri New South Wales, Dominic Perrottet menyampaikan rasa kecewa apabila kes semakin meningkat dan penduduk tetap berbaris panjang di pusat ujian saringan di seluruh wilayah kerana rakyat bersesak-sesak untuk mematuhi peraturan perjalanan untuk bercuti ke beberapa destinasi.

“Jika anda berasa tidak sihat dan tidak dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan oleh Jabatan Kesihatan NSW, anda tidak perlu melakukan ujian PCR, ini kerana anda akan membuatkan keadaan sesak dan mengambil barisan daripada mereka yang perlu melakukan ujian saringan,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok