Kes Covid-19 di UK naik tapi masih enggan laksana sekatan

October 22, 2021 · Dunia

Kes jangkitan Covid-19 meningkat secara mendadak di United Kingdom (UK) apabila lebih 50,000 kes baharu direkodkan semalam.

Jumlah kes harian itu tertinggi sejak Julai lalu, namun kerajaan UK enggan menguatkuasakan sekatan pergerakan walaupun terdapat gesaan daripada badan perubatan negara itu.

Berdasarkan statistik terkini, UK merekodkan 52,009 kes baharu, tertinggi sejak 17 Julai.

Setakat ini 79 peratus populasi berusia 12 tahun ke atas lengkap menerima vaksin dan jumlah kemasukan ke hospital masih rendah.

Keadaan itu mendorong individu yang tidak diinokulasi untuk mendapatkan vaksin dan mendesak mereka yang berusia lebih 50-an dan golongan rentan secara klinikal untuk menerima tawaran vaksin penggalak ketiga dan juga mendapatkan suntikan vaksin selesema.

Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid pada Rabu menegaskan belum waktunya untuk menguatkuasakan semula langkah seperti pemakaian pelitup muka dalam premis.

“Kes meningkat dan boleh mencapai 100,000 sehari. Pandemik ini belum berakhir. Kami meneliti data tetapi kami tidak akan melaksanakan pelan B pada saat ini,” tegasnya.

Perdana Menteri Boris Johnson turut menolak saranan pegawai kesihatan untuk menghentikan penularan dalam kalangan kontak rapat berikutan kebimbangan peningkatan kemasukan ke hospital yang turut mengendalikan kes jangkitan pernafasan lain sepanjang musim sejuk.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok