Kes Covid-19 di Thailand naik semula

Jangkitan Covid-19 di Thailand meningkat semula dalam tempoh 24 jam lalu apabila negara itu merekodkan 11,200 kes berbanding 9,869 kes semalam, lapor Kementerian Kesihatan Awam (PHM) negara itu.

Pada masa sama seramai 113 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh itu berbanding 102 kematian semalam, keseluruhannya 17,418 kematian.

Sejak 1 April lalu hingga hari ini, angka jangkitan Covid-19 di Thailand melonjak sebanyak 1,649,434 kes. Jumlah keseluruhan sejak pandemik Covid-19 menular di negara itu tahun lalu adalah sebanyak 1,678,297 kes.

PHM berkata 113 kematian baharu itu membabitkan individu berusia antara 19 dan 100 tahun, termasuk dua warga Myanmar dan seorang rakyat Kemboja.

“Wanita 19 tahun itu sedang hamil dan meninggal dunia di wilayah Mae Hong Son. Dia tidak menerima suntikan vaksin Covid-19,” kata PHM.

Sementara itu Bangkok melaporkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 22 kes, sementara wilayah berjirannya Samut Prakan mencatat 18 kematian; Nakhon Pathom (4) dan Samut Sakhon (satu).

Daripada jumlah kes baharu itu, Bangkok merekodkan 1,279 kes meningkat daripada 1,208 yang dilaporkan semalam, manakala Greater Bangkok pula melaporkan 2,553 kes baharu, meningkat berbanding 2,218 yang dicatatkan semalam. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR