Kes Covid-19 di Singapura meningkat, lebih 1,000 kes harian

September 19, 2021 · Dunia

Singapura mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 apabila tiga hari berturut-turut merekodkan lebih 1,000 kes baharu.

Semalam, sebanyak 1,009 kes baharu direkodkan yang juga merupakan tertinggi dalam tempoh 17 bulan. Kali terakhir kes tertinggi direkod di Republik tersebut adalah pada 23 April lalu, sebanyak 1,037.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, satu lagi kematian dilaporkan membabitkan lelaki berusia 90 tahun yang belum divaksin serta mempunyai sejarah penyakit kanser, jantung dan pneumonia.

Lelaki terbabit disahkan positif Covid-19 pada 17 September lalu selepas dibawa ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan pada hari yang sama kerana bergejala.

Singapura sehingga kini mencatatkan 60 kes kematian akibat Covid-19.

Daripada 1,009 kes baharu itu, terdapat 926 kes jangkitan dalam komuniti sementara 78 kes lagi membabitkan penghuni asrama dan terdapat lima kes import.

Sehingga kini, 863 kes sedang dirawat di hospital dengan 105 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan 18 kes lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah pesakit kritikal itu, 100 daripadanya melibatkan individu berusia lebih dari 60 tahun.

Sejak 28 hari lalu, kira-kira 89.1 peratus yang dijangkiti adalah kes jangkitan tempatan tanpa gejala atau bergejala ringan.

Dengan itu, Kementerian Kesihatan berkata, beberapa hospital awam memperlihatkan lambakan bilangan pesakit dengan gejala jangkitan pernafasan akut ringan (ARI) yang datang bagi mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan.

“Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai gejala ringan disarankan tidak terus ke hospital sebaliknya, pergi mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan awam (GP) di klinik Swab and Send Home (SASH).

“Disana, doktor bertugas SASH akan menilai tahap serius gejala mereka dan melakukan ujian diagnostik Covid-19 apabila diperlukan bagi mengesahkan status pesakit,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok