Kes Covid-19 di Singapura melonjak

January 26, 2022 · Dunia

Jumlah jangkitan Covid-19 di Singapura melonjak mendadak apabila merekodkan sebanyak 5,996 kes baharu semalam, berbanding 3,002 kes pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) negara ini.

Daripada jumlah itu, 5,578 kes melibatkan penularan tempatan, manakala 418 lagi adalah kes import.

Jumlah itu juga termasuk angka yang dicatat dalam kes Protokol 2 setelah MOH menukar struktur laporan kes harian sejak Jumaat lalu.

Protokol 2 adalah individu yang sihat tetapi diuji positif, atau telah dinilai oleh doktor untuk mempunyai gejala ringan. Kes-kes ini tidak termasuk dalam laporan semasa jangkitan Covid-19 harian oleh MOH.

Dua set angka akan dilaporkan setiap hari – satu untuk jangkitan yang disahkan menerusi ujian tindak balas rantai polimerase (PCR), dan satu lagi untuk kes Protokol 2.

MOH juga melaporkan terdapat dua kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhannya sejak 2020 lalu sebanyak 850 kes.

Menurut MOH kadar peningkatan jangkitan mingguan Covid-19 adalah sebanyak 2.68, turun daripada 2.69 pada Isnin.

Sebanyak 3,934 kes baharu disenaraikan dalam Protokol 2 disahkan pada Selasa, terdiri daripada 18 kes import dan 3,916 kes tempatan.

Sebanyak 2,062 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR, dengan 1662 daripadanya adalah jangkitan tempatan dan 400 kes import.

Sejak pandemik Covid-19 menular sehingga semalam, Singapura merekodkan 322,770 kes positif. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok