Kes Covid-19 di Perancis meningkat, banyak wilayah akan disekat

March 26, 2021 · Dunia

Lebih banyak wilayah di Perancis akan dikenakan sekatan ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara tersebut, antara tiga wilayah yang sudah disekat adalah Rhone, Aube dan Nievre.

Menteri Kesihatannya, Olivier Veran berkata tren peningkatan jangkitan Covid-19 membimbangkan kerana banyak kawasan yang mencatatkan jangkitan baharu dan langkah yang lebih proaktif terpaksa dilaksanakan segera.

“Situasi wabak tidak baik. Trend meningkat hampir di kebanyakan kawasan di Perancis,” katanya dipetik Agensi Berita Xinhua.

Bermula tengah malam Jumaat, perjumpaan di luar rumah terhad kepada enam orang di ketiga-tiga wilayah itu dan perjalanan waktu siang tidak melebihi 10 kilometer (km) dari rumah.

Rentas wilayah tidak dibenarkan tetapi sekolah tetap didengan protokol kesihatan lebih ketat.

Sekatan baharu itu berkuat kuasa sekurang-kurangnya empat minggu.

Minggu lalu, sekatan sama dikenakan di 16 wilayah termasuk Paris dan kawasan sekitarnya.

Dalam taklimat mingguan mengenai situasi COVID-19, Veran berkata dalam beberapa hari akan datang, tekanan kesihatan dijangka terus meningkat terutama di wilayah Paris yang dianggap “kritikal.”

Pada Khamis seramai 45,641 orang lagi dijangkiti COVID-19, peningkatan tertinggi dalam sehari sejak 17 November 2020.

Sejak wabak mula dikesan di Perancis, kira-kira 4,424,087 orang sudah dijangkiti dan 93,378 pesakit meninggal dunia.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok