Kes Covid-19 di New Zealand semakin melandai

September 6, 2021 · Dunia

New Zealand melaporkan hanya 20 jangkitan tempatan Covid-19 dalam tempoh 24 jam dan sekali gus menunjukkan kes di negara itu semakin melandai, serta memberikan keyakinan tinggi kepada pihak berkuasa bahawa mereka hampir memperoleh kemenangan mengawal penularan varian Delta.

Pegawai kesihatan negara itu memaklumkan semua kes baharu yang dikesan itu berlaku di Auckland, bandar terbesar di New Zealand yang menjadi pusat penularan Covid-19.

Sejak minggu lalu, jumlah kes harian menunjukkan penurunan yang semakin memberangsangkan dan sehingga kini, jumlah kes aktif yang dilaporkan di wilayah itu hanyalah 801 jangkitan.

“Penurunan jangkitan dalam kalangan komuniti ini membuktikan bahawa perlaksanaan sekatan tahap 4 di Auckland memberi impak yang positif dan langkah-langkah awam yang telah laksanakan dengan pantas.

“Langkah itu akhirnya memperlahankanpenularan Covid-19. Namun, kita belum menang dan perlu sentiasa berwaspada dengan virus ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Ashley Bloomfield dalam taklimat di televisyen.

Hampir 1.7 juta penduduk di Auckland telah menjalani sekatan tahap 4 sejak tersebarnya varian Delta ini pada pertengahan Ogos lalu.

Walaupun jangkitan harian Covid-19 di negara itu semakin mereda, namun sekolah, pejabat, restoran dan semua tempat awam masih tetap di tutup sebagai langkah pencegahan.

Hari ini, Kerajaan New Zealand akan mengkaji semula tahap sekatan di seluruh negara itu, namun Auckland tetap akan menjalani perintah penutupan sepenuhnya sehingga 13 September ini.

New Zealand yang mempunyai hampir lima juta penduduknya telah mengesahkan rekod kematian akibat Covid-19 di negara itu sejak Mac tahun lalu adalah sebanyak 3,142 kes manakala 27 kes baharu melibatkan kematian dari jangkitan varian Delta. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
6 jam lalu · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
23 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok