Kes Covid-19 di Jepun pecah rekod, sebanyak 209,694 jangkitan baharu

July 28, 2022 · Dunia

Jepun merekodkan kes harian tertinggi dalam sejarah apabila sebanyak 209,694 kes disahkan pada Rabu.

Pakar kesihatan menggesa “tindakan berjaga-jaga tahap maksimum” berikutan negara itu terus bergelut dengan gelombang ketujuh yang didorong varian Omicron BA.5, lapor Bernama.

Di sebalik peningkatan semula kes terbabit, negara itu tidak mengenakan sekatan pergerakan terhadap rakyatnya kerana Perdana Menteri Fumio Kishida sedang berusaha mengimbangi aktiviti sosioekonomi dan mengambil langkah pencegahan jangkitan daripada terus merebak, lapor Agensi Berita Kyodo.

Kira-kira 201,000 kes jangkitan direkodkan pada minggu lepas, dan angka kematian melebihi 100 orang untuk tempoh dua hari berturut-turut, menurut laporan kerajaan tempatan.

Pesakit yang mengalami simptom teruk mencecah 311, meningkat 40 orang berbanding Selasa, menurut kementerian kesihatan.

“Jangkitan terus merebak dengan cepat. Kita mesti melihat dengan teliti (keadaan) dengan mengambil langkah berjaga-jaga tahap maksimum, termasuk terhadap sistem kesihatan,” menurut panel penasihat pakar kementerian itu.

Lebih separuh daripada 47 wilayah di negara itu mencatatkan peningkatan kes pada Rabu, termasuk Hokkaido dan Kyoto.

Tokyo melaporkan 29,036 kes COVID-19, manakala Osaka mencatat 21,860 jangkitan baharu dan meningkatkan tahap amaran kepada tiga, iaitu tertinggi sejak tiga bulan lalu.

Warga emas dinasihati untuk tidak keluar rumah atas urusan yang tidak penting kerana berisiko tinggi mengalami gejala yang teruk.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok