Kes Covid-19 di Australia melonjak, hospital hadapi tekanan

January 5, 2022 · Dunia

Sistem kesihatan Australia terus mengalami bebanan akibat lonjakan jangkitan baharu Covid-19 memecah rekod tiga hari berturut-turut, sekali gus memberi tekanan kepada pihak hospital dan melebihi kemudahan ujian saringan virus itu.

Lebih 53,000 kes baharu direkodkan di seluruh New South Wales dan Victoria, wilayah paling padat penduduk, dengan kedua-duanya melaporkan paras tertinggi kes baharu dalam sehari dan melebihi angka sekitar 47,800 kes di peringkat nasional.

Individu yang dimasukkan ke hospital di kedua-dua wilayah itu terus meningkat 10 peratus daripada sebelumnya dan pihak berkuasa memberi amaran angka kes akan melonjak lagi dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Kita bakal berdepan dengan beberapa minggu yang mencabar,” kata Timbalan Setiausaha Kesihatan New South Wales, Susan Pearce.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison kini berada dalam tekanan kerana kes jangkitan semakin melonjak akibat daripada kelewatan melaksanakan ujian saringan Covid-19 dan kekurangan stok kit ujian kendiri, serta beliau dijangka akan bertemu dengan pemimpin di setiap wilayah bagi mengambil tindakan atas krisis tersebut.

Peningkatan kes Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini didorong oleh jangkitan Omicron, mengakibatkan ramai penduduk melakukan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) di pusat kemudahan kesihatan yang dibiayai kerajaan.

Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa memohon orang ramai hanya melakukan ujian saringan PCR sekiranya mengalami simptom, yang seterusnya menyebabkan kekurangan kit ujian antigen panas (RTK), boleh dilakukan di rumah namun perlu dibeli secara persendirian.

Morrison yang sepatutnya mengadakan pilihan raya Persekutuan sebelum Mei ini, bagaimanapun menolak pemberian subsidi pemberian kit ujian di setiap rumah.

Pegawai New South Wales memaklumkan pihaknya memperoleh berjuta-juta kit ujian RTK dan mendesak kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan persetujuan untuk memberi subsidi kepada rakyatnya.

Sementara itu, wilayah Victoria juga meminta penambahan 10 juta kit ujian RTK dengan kumpulan pertama dijangka akan tiba dalam masa terdekat.

Sehingga kini, Australia merekodkan lebih 600,000 kes dan 2,290 korban akibat jangkitan Covid-19 sejak wabak itu mula menular pada awal 2020, dengan lebih separuh daripada angka keseluruhan itu dilaporkan sejak dua minggu lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
5 jam lalu · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
6 jam lalu · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
17 jam lalu · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok